#Hiburan: Akhirnya Bersuara, TS Musa Hassan Dedah Sudah 6 Bulan Tak Sebumbung Dengan Isteri

Setelah video pergaduhan bersama isteri kedua tular di laman media sosial, akhirnya bekas Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Musa Hassan membuka mulut bagi menjawab persoalan ramai.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan secara terperinci mengenai isu berkenaan dan menyerahkan selebihnya kepada Mahkamah Syariah.

Advertisement

Malah, TS Musa Hassan turut berkata prinsipnya bukanlah membuka aib mana-mana pihak termasuk sekali isteri sendiri.

Dalam pada masa yang sama, beliau berkata kemelut rumah tangganya itu bukan baru saja berlaku, tetapi sudah hampir masuk tahun ketiga ia berlaku.

Bahkan, TS Musa Hassan memberitahu dirinya serta isteri sudah enam bulan tidak duduk sebumbung.

Akhir kata, beliau sama sekali tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang membuat spekulasi negatif sendiri tanpa bukti kukuh mengenai kontroversi berlaku.

2 hari lalu

Video Gaduh Dengan Isteri Kedua, TS Musa Hassan Pesan Jangan Masuk Campur - "Siapa Buat Spekulasi Akan Berdepan Tindakan Undang-Undang"

The post Akhirnya Bersuara, TS Musa Hassan Dedah Sudah 6 Bulan Tak Sebumbung Dengan Isteri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments