#Hiburan: Nak Enjoy Lakukan Aktiviti Harian Tanpa Risaukan Kesihatan Kulit? Biar Cetaphil Settle Masalah Anda

“Aduh gatalnya kulit, nak pakai apa lagi ni?”

 

Tahukah anda kulit sensitif menjejaskan hampir 70% individu di seluruh dunia. Malah menurut kajian, lebih daripada 50% rakyat Malaysia mengalami sekurang-kurangnya 1 daripada tanda kulit sensitif..

Advertisement

Masalah kulit sensitif boleh terjadi akibat daripada perubahan musim, penggunaan fabrik yang tidak sesuai,  angin kuat ketika berada di luar rumah,berpeluh ketika bersenam, mengubah rutin solekan dan bermanja dengan haiwan peliharaan.Pengguna yang mengalami kulit sensitif merasakan masalah ini menjadi punca mereka tidak dapat ‘all out’ dan menjadi diri sendiri. 

Macam mana nak atasi semua ni?

Jangan bimbang, sempena bulan kesedaran kulit ni, Beautifulnara nak suggest kepada anda produk penjagaan diri No.1 yang diyakini oleh pakar dermatologi di Malaysia iaitu Cetaphil.

Cetaphil terbukti berkesan dan sentiasa menjadi pilihan utama mereka yang mengalami masalah kulit sensitif. Bila kulit lebih sihat, barulah kita dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih yakin dan meneroka dunia tanpa batasan.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser & Moisturizing Cream Tampil Dengan Formula Terbaru

Kalau anda nak tahu, rangkaian produk Cetaphil kini sedang ‘rancak’ dijual di pasaran tau! Mana tidaknya, dengan rumusannya yang lembut pada kulit ia bukan sahaja membantu memberikan kelegaan kepada masalah kulit sensitif, malah membantu menambah keyakinan diri.

Kalau anda merasakan kulit anda mula menunjukkan tanda-tanda kulit sensitif, jangan tangguh lagi untuk mencuba produk best seller daripada Cetaphil iaitu Cetaphil Gentle Skin Cleanser dan Cetaphil Moisturizing Cream! Confirm tak cari lain!

Apa yang menarik, kedua-dua produk ini kini hadir dengan formulasi terbaru yang telah ditambah baik menerusi kajian sains untuk menghasilkan kesan yang lebih wow untuk pengguna! 

Cetaphil Gentle Skin Cleanser dan Moisturizing Cream telah diuji secara dermatologi, bersifat lembut pada kulit dan hypoallergenic (tidak menyebabkan kesan alergi dan iritasi) pada kulit. Ia juga menggunakan bahan yang boleh terbiodegradasi, bebas paraben, sulfat dan bahan asal haiwan (animal origin product). 

Bahan Yang Digunakan Selamat Serta Lembut Pada Kulit

Menyentuh tentang kandungan di dalam produk Cetaphil, bahan yang digunakan dalam penghasilan produk ini mampu untuk merawat semua jenis masalah kulit. Antara kandungan yang terdapat dalam produk Cetaphil ialah:

– Niacinamide berfungsi untuk mengukuhkan skin barrier pada seluruh badan dan wajah

– Panthenol berfungsi menjadi pro-vitamin B5 untuk melembutkan kulit 

-Glycerin mengekalkan kehidratan kulit badan dan wajah daripada menjadi kering

Malah, Cetaphil Gentle Skin Cleanser merupakan produk yang membantu melembapkan kulit dengan aktif sambil membersih tanpa menanggalkan lapisan minyak semula jadi kulit. Patutlah Cetaphil sangat terkenal dengan teksturnya yang selamat dan lembut pada kulit!

Apa yang membuatkan kami tertarik dengan Cetaphil ni kerana ia terbukti secara klinikal dapat meningkatkan penghidratan kulit walaupun selepas 1 penggunaan.  Produk ini juga mampu memelihara penghalang kulit walaupun selepas mencuci berulang kali. 

Fakta menarik, 88% mengatakan mereka suka bahawa Cetaphil Gentle Skin Cleanser yang baharu mempunyai bahan-bahan penting dalam mengekalkan kulit yang sihat.

Selain itu, Cetaphil Moisturizing Cream juga berfungsi sebagai pelindung kulit yang membantu kulit agar kekal lembat, hidrat tanpa perlu risau akan risiko kulit kering. Ia juga mampu melembapkan dan merawat kulit kering serta merta selama 48 jam.

Kalau anda nak tahu, 94% bersetuju bahawa kulit terasa lebih lembut dan lebih terhidrat dari semasa ke semasa. Ia memulihkan penghalang kulit dengan ketara dengan pemulihan lengkap selepas 1 minggu.

Cetaphil Beri Perawatan Berpanjangan Bagi Menghalang 5 Tanda Kulit Sensitif

Sebagai jenama dermatologi nombor 1 di Malaysia, Cetaphil telah menambah baik dari segi dermatologi dan inovasi produk dalam memperbaiki masalah kulit sensitif. Semua bahan bagi produk Cetaphil ini dapat membantu serta merawat 5 tanda kulit sensitif seperti, kekeringan, iritasi, kekasaran, ketegangan dan pelindung kulit lemah. Memang bagus produk Cetaphil ni!

Periksa Masalah Kulit Anda Dengan Cetaphil Skin Analyser

Bagi anda yang masih lagi keliru tentang  jenis kulit anda, Cetaphil turut hadir dengan penganalisis kulit yang dapat membantu untuk memeriksa tahap kesihatan kulit anda secara lebih klinikal dan terperinci serta menjadikan kulit anda lebih sihat. 

Cetaphil Skin Analyser akan mengesyorkan produk berdasarkan skor kulit yang telah dijalankan pemeriksaan terlebih dahulu dan dapat dikenal pasti sekiranya anda mengalami masalah kulit wajah berminyak, berjerawat, kombinasi atau sensitif. 

Lagi best, anda juga berpeluang untuk mendapatkan sampel PERCUMA bagi produk Cetaphil terpilih, selepas selesai sesi menganalisis kulit sebagai langkah permulaan anda untuk menjaga kulit. Anda hanya perlu klik saja di SINI.

Kulit Berubah Menjadi Sensitif? Cari Jawapannya Dengan Cetaphil Skinsense

Anda pernah tak alami kulit terasa kering selepas mandi dan mencuci wajah? Rasa gatal dan kulit rasa terhidrasi? Hmm, mungkin ini tanda tekstur kulit anda dah berubah menjadi sensitif… Nasib baik ada Cetaphil Skinsense!

Cetaphil SkinSense ialah satu siri lawatan maya untuk mengenal lebih lagi kajian sains terhadap kulit agar menjadi lebih menarik! Dengan Cetaphil Skinsense, anda dapat mengenal pasti bagaimana kulit sensitif itu berlaku dan tips mengenai kesihatan kulit melalui digital yang sangat  interaktif! 

Haa, ada sesiapa yang tengah excited ke tu? Sama la macam min! Tak sabar nak kumpul ilmu yang bermanfaat untuk kulit kita! Anda boleh terus ke laman rasmi Cetaphil atau mulakan pengalaman SkinSense anda DI SINI!

“Ask The Expert bersama Dr Nadege Lachmann” Menjawab Kekeliruan Berkaitan Masalah Kulit

Anda ada kemusykilan berkaitan kesihatan kulit? Nak tahu lebih info berkaitan kulit sensitif, masalah kulit bayi dan kulit berjerawat? Dr. Nadege Lachman sedia membantu! Siri “Ask The Expert with Dr Nadege Lachmann” merupakan temu bual bagi menjawab segala kemusykilan para pengguna berkaitan isu kesihatan kulit bersama Dr Nadege Lachmann yang bermula setiap hari Jumaat sehingga 17 Mac 2023. 

Lagi best, setiap minggu,Dr Nadege akan menjawab soalan daripada pengguna yang terpilih dan berkongsi berkaitan kesihatan kulit dengan topik mingguan yang menarik bermula pada 24 Februari 2023 sehingga 17 Mac 2023. Nantikan dan ketahui lebih lanjut tentang kulit dengan pakar Cetaphil!

Tunggu apa lagi! Kalau nak cantik seluruh badan mestilah kena usaha lebih sikit dan amalkan produk Cetaphil pada seluruh badan untuk mendapat kulit yang lebih sihat! Cetaphil, Kami Lindungi Kulit, Anda Nikmati Kehidupan! Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian produk Cetaphil, layari laman web rasmi Cetaphil atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram

The post Nak Enjoy Lakukan Aktiviti Harian Tanpa Risaukan Kesihatan Kulit? Biar Cetaphil Settle Masalah Anda first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments