Menerusi satu sidang media tergempar yang diadakan pada hari ini, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof dilihat menafikan dakwaan isteri pertama, Puteri Sarah bahawa dia ada melakukan persetubuhan luar nikah.
Dalam kenyataannya, Syamsul berkata tuduhan itu sama sekali tidak berasas dan sempat mempersoalkan ketelusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Ujarnya, pertuduhan tersebut masih dalam siasatan sehingga ke saat ini.
Saya menafikan apa yang Puteri Sarah dakwa tentang saya dan isteri kedua (Ira) melakukan persetubuhan luar nikah. Minta maaf cakap, JAWI ni ada banyak masalah sebenarnya berkaitan rumah tangga dan sebagainya.
Kenyataan yang tidak benar dan mungkin ada unsur rasuah. Saya berkahwin dengan Ira pada 6 Januari. Dan, Alhamdulillah perkahwinan kami didaftarkan secara sah di Malaysia pada 20 Januari 2023.
Syamsul juga memaklumkan bahawa tindakan undang-undang terhadap JAWI akan diambil berhubung siasatan persetubuhan luar nikah yang didakwa Puteri Sarah.
Saya masih lagi suami Puteri Sarah. Saya masih sayangkan dia dan masih berharap dapat berbincang dengannya berkaitan konflik rumah tangga kami. Pada masa sama, ini juga sebagai satu teguran buat Puteri Sarah bahawa saya masih suaminya.
Malah, peguam Syamsul juga ada memberitahu bahawa Ira Kaza akan mengenakan tindakan saman terhadap JAWI.
The post “Minta Maaf Cakap, JAWI Ni Banyak Masalah” – Ira Kaza Nak Saman JAWI, Syamsul Yusof Nafi Berzina Sebelum Nikah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments