Sedia maklum, kemelut rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dan isteri, Shuhada masih belum ada kesudahannya.
Biarpun ramai yang mengecam tindakan pelakon lelaki itu mencederakan isteri di bahagian muka atas sebab yang tidak munasabah, tetapi ada juga yang seakan-akan muak melihat Shuhada sering bercerita soal isu rumah tangga di media sosial.
View this post on Instagram
Menurut individu-individu itu semua, mereka menyampah apabila Shuhada atau mesra dipanggil sebagai Shu lantang bersuara dan mendakwa sering membuka aib suami.
Pendapat mereka, Hafidz sedaya upaya untuk menyembunyikan masalah yang berlaku dalam rumah tangga kerana mahu menutup aib keluarga.
Tetapi setelah Shu membuka mulut mendedahkan ‘perangai’ sebenar pelakon itu, maka segelintir netizen itu merasakan terbukti sebab ‘sebenar’ Hafidz tidak mampu mengawal perasaan marah serta melafazkan cerai akibat mulut wanita itu.
Padan muka. Balasan kepada wanita yang mulut kurang ajar. Tak hormat suami dan kuat provoke. Elok tambah lagi 10 jahit di belah pipi kanan.
Sekadar info, kemelut rumah tangga pasangan ini mula menjadi ‘panas’ setelah Hafidz disahkan telah melafazkan talak satu terhadap Shu melalui telefon serta mencederakan muka isteri akibat tidak boleh mengawal perasaan marah.
The post “Memang Patut Kena Tumbuk, Mulut Bising Sangat!” – Netizen Makin Meluat Dengan Pendedahan Shuhada? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments