#Hiburan: Netizen Tak Selesa Shila Amzah Imbas Kembali Kisah Cinta Dengan Sharnaaz Ahmad – “Ntah Apa-Apa Dia Ni Sekarang”

Penyanyi, Shila Amzah telah menjayakan konsert ‘Shila Amzah Journey To The Future Live Tour’ di Plenary Hall KLCC pada 4 Mac lalu.

Susulan itu, tular di aplikasi TikTok video memaparkan penyanyi lagu Pelukan Angkasa itu yang sedang berbual dengan peminat sebelum membuat persembahan.

Advertisement

Menerusi video tersebut, Shila dilihat menceritakan kembali kisah percintaannya yang menjadi inspirasi untuk dia mencipta lagu.

Haa masa tu lah, bila dia layan I tak okay, so benda suka ke tak suka ke memang akan jadi lagu.

Menurutnya lagi, ramai yang meminta dia dan bekas kekasih, Sharnaaz Ahmad untuk kembali bersama walaupun sudah hampir 10 tahun kisah percintaan mereka berlalu.

So saya pun dah move on. Sekarang orang suruh dia balik dengan… it’s okay! nama saya tak disebutkan lagi! saya suka!

Bukan itu sahaja, Shila turut berkata dia terpaksa mengingati kembali perasaan yang sama dahulu untuk menyanyikan lagu Masih Aku Cinta.

Waktu tu je I rasa macam ni, tapi jap sekarang ni I kena ingat balik perasaan tu. Nak nyanyi lagu ni, I kena ingat balik.

@boom.malaysia

Comel je @shahilaamzah borak dengan penonton??? #boom #boommalaysia #fyp

? original sound – Boom! Malaysia – Boom! Malaysia

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bagaimanapun tidak selesa melihat Shila atau nama sebenarnya Nurshahila binti Amir Amzah membuka kembali kisah lamanya bersama pelakon itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 hari lalu

Shila Amzah 'Tumbang' Lepas Konsert, Ubai Setia Menemani - "Get Well Soon"

The post Netizen Tak Selesa Shila Amzah Imbas Kembali Kisah Cinta Dengan Sharnaaz Ahmad – “Ntah Apa-Apa Dia Ni Sekarang” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments