Sebelum ini, pelawak dan penyampai radio Jep Sepahtu ada memaklumkan sudah memujuk Shuib untuk kembali menyertai Sepahtu Reunion Live (SRL).
Terbaru, suami kepada Sari Yanti itu membuat satu hantaran di Instagram menceritakan tentang konflik yang berlaku dan punca yang membuat Shuib enggan lagi muncul di dalam SRL.
Menerusi perkongsian panjang itu, Jep mendedahkan bahawa semuanya bermula dengan babak dilakukan Shuib ketika SRL yang dikritik berunsur lucah memandangkan program terbabit adalah tontonan keluarga.
Susulan itu, dia digantung daripada menyertai SRL selama dua minggu namun walaupun sudah meminta maaf, Jep berkata Shuib seperti tidak boleh menerima tindakan yang dikenakan kepadanya oleh pihak Astro.
Setelah meminta maaf, dia masih tidak puas hati dengan tindakan yang dikenakan, lalu memberi kata dua sekiranya dia masih digantung 2 minggu dia memilih untuk tidak meneruskan lagi baki 50 episod yang tinggal.
Jelas Jep lagi, Shuib membuat pihak SRL termangu-mangu kerana ‘cakap tidak serupa bikin’ di mana dia memaklumkan mahu berehat dari dunia seni tetapi masih menyertai beberapa rancangan dan menjadi penyampai radio.
Bukan itu sahaja, Jep juga berkata hatinya telah tawar dan tidak mahu melutut untuk merayu Shuib kembali semula namun dia akui tiada marah atau dendam.
Janganlah ditanya, diasak suruh bersama lagi. Tidak ada sedikit rasa marah dan dendam cuma kenyataan untuk pembetulan. Walau tidak bersama Sepahtu , doa saya tetap bersama dia.”
The post Isu Keluar ‘SRL’, Jep Dedah Rupanya Shuib Tak Puas Hati Digantung Sebab Aksi Lucah Parut Kelapa first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments