#Hiburan: “I Dah Lama Tak Nangis Tapi..” – Sekian Lama Menahan Perasaan, Akhirnya Air Mata Puteri Sarah Mengalir

Sedia maklum, kemelut rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah dan suami, Syamsul Yusof mula menjadi perhatian setelah terbongkarnya kecurangan pengarah tersebut sejak tahun lalu.

Hingga ke hari ini masalah tersebut masih belum ada penghujung, lagi-lagi setelah Syamsul enggan melepaskan isteri pertamanya itu ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah beberapa hari lalu.

Advertisement

Terbaharu, Puteri Sarah dilihat menghadiri satu program hiburan terkenal iaitu MeleTOP sebagai tetamu jemputan.

Hal yang menjadi perhatian adalah ketika program tersebut sedang berlangsung, Puteri Sarah telah mengalirkan air matanya setelah sekian lama bertahan.

Difahamkan, selebriti yang lebih mesra disapa sebagai Sarah itu meluahkan rasa terharu kerana ramai yang menyokong serta mengucapkan rasa syukur ramai pihak mendoakan untuk dirinya kuat hadapi ujian ini.

Malah, ibu kepada dua orang cahaya mata itu turut memberitahu sudah sekian lama dia tidak menangis, akhirnya air mata mengalir juga setelah melihat peminat-peminat yang sentiasa berada disisi.

Sekadar info, Puteri Sarah serta Syamsul Yusof mendirikan rumah tangga sejak tahun 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata tetapi sejak kehadiran orang ketiga iaitu Ira Kazar dalam kehidupan keluarga kecil itu, semuanya berubah sekelip mata.

ira kazar menangis
1 minggu lalu

"Ira Menangis Tepi Bucu Katil, Melepas Gelaran Datin" - Syamsul Yusof Enggan Ceraikan Puteri Sarah, Netizen Perli Ira Kazar

The post “I Dah Lama Tak Nangis Tapi..” – Sekian Lama Menahan Perasaan, Akhirnya Air Mata Puteri Sarah Mengalir first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments