#Hiburan: Yakin Hasrat Dilafaz Dalam Keadaan Tertekan, Mapim Sedia Bimbing Sajat

Usahawan kosmetik terkenal, Sajat sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia didakwa menyatakan hasrat mahu keluar daripada agama Islam. Video berdurasi 1 minit 48 saat yang tular di media sosial itu mendapat pelbagai respon daripada orang ramai.

BACA: “Saya Dah Tak Nak Menjadi Orang Islam..” – Sajat Sepertinya Mahu Keluar Agama?

Advertisement

Memetik laporan Harian Metro, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) turut bersedia bertemu dengan Sajat untuk membimbingnya.

Presiden, Mohd Azmi Abdul Hamid yakin semua pihak memberi perhatian dan memandang serius masalah ini. Beliau berharap keadaan dapat dikawal dengan sebaik mungkin dan penuh hikmah.

Jalan keluar dengan menghormati tanggungjawab pihak berkuasa dan mengguna pendekatan kasih sayang dan mendidik secara penuh hikmah perlu dilakukan. Sesungguhnya, apa yang mahu dicapai ialah Sajat, dengan penuh keinsafan, kekal dalam Islam.

Pihaknya turut yakin, ketika lafaz itu dibuat Sajat berada dalam keadaan tertekan, emosi yang tidak terkawal dan bukan dari lubuk hati yang sebenar.

Mapim turut memohon masyarakat Islam agar tidak merumitkan keadaan. Sebagai badan Islam, pihaknya berasa bertanggungjawab menangani isu dan mencari penyelesaian terbaik.

Kefahaman Sajat mengenai tanggungjawab pihak berkuasa sangat perlu dijelaskan dan kami berharap ada komunikasi lancar berlaku untuk mengelakkan salah faham antara dua pihak.

Katanya lagi, inilah saatnya masyarakat menunjukkan kasih sayang di antara satu sama lain dengan menyelamatkan saudara seagama demi kebaikan dan ketakwaan.

The post Yakin Hasrat Dilafaz Dalam Keadaan Tertekan, Mapim Sedia Bimbing Sajat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments