Pelakon yang kini bergelar personaliti media sosial, Fara Mendoza dikecam lagi nampaknya oleh netizen apabila dia tampil memuat naik foto dirinya berpakaian seksi sehingga menampakkan sebahagian payu daranya.
Hanya memakai baju tidur wanita, Fara kembali mencuri perhatian netizen dan rata-rata telah menzahirkan perasaan kurang senang melihatkan pelakon itu hanya beraksi menjolok mata.
Manakan tidaknya, akaun Instagram milik pelakon itu disetkan untuk tontonan awam dan ramai yang berpendapat bahawa perlakuan Fara agak melampaui batas dan mengundang dosa pada yang memandangnya.
View this post on Instagram
“Semoga Allah ampunkan semua dosa kita. Aurat terbuka jadi tatapan orang. Takut dengan azab Allah.” nasihat seorang pengikut Fara di Instagram.
Setelah menerima kecaman bertubi-tubi daripada pengikut media sosial, Fara dilihat tidak mendiamkan diri dan membalas komen netizen.
“Siapa lagi nak kena maki then aku block terus kau. Sila lah komen negatif.” balas Fara di ruangan komen.
View this post on Instagram
Namun, tidak lama kemudian pelakon ini telah menutup ruangan komen sekaligus menghalang peminat untuk meninggalkan komen di foto tersebut.
Difahamkan foto tersebut dimuat naik sebagai tindakan promosi iklan berbayar yang diusahakan Fara di Instagram iaitu berupa sebuah produk serum kecantikan untuk wanita.
The post “Awak Tak Tahu Malu Ke?” Fara Mendoza Dikecam Netizen Tayang Gambar Seksi Di Instagram first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments