Sekian lama menanti, akhirnya pasangan Ernie Zakri dan Syamel mengesahkan kelmarin bahawa mereka akan selamat diijabkabulkan hari ini.
BACA: “Doakan Majlis Berjalan Lancar” – Ernie Zakri Dan Syamel Dijangka Nikah Pagi Esok
Menurut laporan Berita Harian, majlis yang berlangsung pada jam 10 pagi tadi diadakan secara tertutup dan hanya disertai oleh keluarga terdekat sahaja.
“Kami pilih Jumaat untuk mengambil keberkatan. Secara kebetulan, hanya tarikh ini sahaja kami tidak sibuk. Sebelum ini, jadual saya dan Ernie sangat padat.”
Tambah Syamel lagi, dia memberikan Ernie lima dulang hantaran dan berbalas dengan tujuh. Namun memilih untuk merahsiakan jumlah hantaran.
“Saya akan beri Ernie lima dulang hantaran berbalas tujuh. Untuk upacara membatalkan air sembahyang, saya hadiahkan seutas gelang tangan, manakala wang hantaran pula kami sepakat untuk merahsiakannya.”
Terbaru, pasangan itu dilihat memuat naik entri di laman Instagram dan mengesahkan bahawa mereka sudah pun selamat bernikah.
View this post on Instagram
“Semoga Allah memberi barakah kepadamu dan keberkatan atas pernikahan kamu, dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan. Amin Ya Rabbal Alamin.”
Tahniah buat pasangan ini!
The post (TAHNIAH) Ernie Zakri dan Syamel Selamat Bernikah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments