#Hiburan: Kumpulan Elite Buat ‘Comeback’, Muncul Dengan Lagu Terbaru Berjudul Alhamdullilah

Masihkah anda ingat dengan kumpulan Elite yang pernah popular sekitar 90-an dahulu? Buat mereka yang merindui kumpulan nyanyian wanita yang dianggotai oleh artis terkenal seperti Abby Abadi, Azza, Linda Rafar, Watie dan Sasha ini pastinya akan teruja apabila mereka dikhabarkan membuat kemunculan kembali dalam industri muzik negara.

View this post on Instagram

A post shared by Norman Abdul Halim (@norman.abdulhalim)

Advertisement

Sempena ulang tahun ke-25 penubuhan kumpulan Elite, mereka dikhabarkan akan bergabung sekali lagi dalam menghasilkan single terbaru berjudul ‘Alhamdullilah’.

Menurut wakil kumpulan Elite, Abby Abadi memberitahu media bahawa setelah hampir 20 tahun tidak bersatu dalam mana-mana acara, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk kembali berkerjasama dalam menghiburkan peminat.

Meskipun konsep lagu yang dihasilkan kali ini agak berbeza berbanding dahulu, Abby berkata ahli-ahli kumpulan Elite yang lain sudah bersetuju untuk muncul dengan konsep sebegitu kerana ingin menyampaikan mesej-mesej yang baik untuk pendengar.

Advertisement

“Sesuai dengan ketibaan Ramadan tidak lama lagi, kami berharap dapat menyebarkan perkara-perkara positif kepada peminat yang sudah lama menantikan kemunculan semula Elite.

Menurut Watie pula, meskipun muncul dengan lagu berkonsepkan islamik, identiti kumpulan mereka masih lagi mengekalkan konsep yang sama iaitu rap.

Dia dalam pada itu turut berharap agar peminat di luar sana dapat memberikan respon positif ke atas buah tangan terbaru mereka itu nanti.

Lagu Alhamdullilah merupakan lagu ciptaan Noura dan Rayyan Rayhan di bawah penerbitan Imaan Music yang merupakan label islamik KRU Music. Ianya bakal dilancarkan pada 19 April nanti menerusi semua platform digital.

The post Kumpulan Elite Buat ‘Comeback’, Muncul Dengan Lagu Terbaru Berjudul Alhamdullilah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments