#Hiburan: Didakwa Tidak Patuh SOP, Polis Siasat Majlis Pernikahan Neelofa Dan PU Riz

Meskipun sudah hampir 24 jam majlis perkahwinan ‘Wedding Of The Year’ berlangsung, namun masih ramai lagi yang tidak berhenti berbual mengenai kecantikan persandingan pasangan Neelofa dan PU Riz.

BACA: (TAHNIAH) Neelofa Dan PU Riz Sudah Sah Bergelar Suami Isteri

Advertisement

Dalam pada netizen memuji kecantikan perhiasan dan dekorasi majlis tersebut, terdapat segelintir yang mempersoalkan prosedur operasi standard (SOP) yang diterapkan ketika ianya berlangsung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Advertisement

Bahkan hal tersebut turut mendapat perhatian pihak polis dan khabarnya mereja sudah pun membuka kertas siasatan dan bakal memanggil penganjur majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz untuk soal siasat lebih lanjut.

Kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, kertas siasatan sudah pun dibuka di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

neelofa dan pu riz bernikah

Menurutnya, siasatan mendapati majlis tersebut dilihat gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerana tiada penjarakan fizikal di antara kebanyakan tetamu.

“Susulan itu kita akan memanggil penganjur bagi membantu siasatan.”

The post Didakwa Tidak Patuh SOP, Polis Siasat Majlis Pernikahan Neelofa Dan PU Riz first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments