Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari menerusi sebuah hantaran di Instagramnya berharap bahawa dia dan isteri, Scha Alyahya tidak dipanggil untuk siasatan selepas kecoh mengenai majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz telah disiasat oleh pihak polis kerana didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
View this post on InstagramAdvertisement
Menurut hos program Melodi ini lagi, dia dan isteri hanya membuka pelitup muka ketika makan dan bergambar bersama pengantin baru di majlis gilang-gemilang itu.
“Jangan siasat saya dan bunga saya (Scha). Kami pakai pelitup muka sepanjang masa kecuali ketika nak ambil gambar dan makan. Kami tak ada langsir seperti pengantin.”
Dalam pada itu, dia turut mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru buat Neelofa dan PU Riz di atas perkahwinan mereka di dalam hantaran yang sama.
View this post on Instagram
Terdahulu, tular di media sosial apabila beberapa gambar sekitar majlis perkahwinan dua selebriti popular itu dilihat tidak mengikut SOP dan ianya telah mencetuskan perasaan berang di kalangan netizen kerana timbul dakwaan ‘double standard’ dari segi perlaksanaan undang-undang dan hukuman antara selebriti dan rakyat biasa.
The post “Jangan Siasat Saya Dan Scha..” Buka Pelitup Muka, Awal Ashaari Kata Mereka Patuh SOP Di Majlis Kahwin Neelofa first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments