Tak perlu diperkenalkan lagi, MK daripada kumpulan K-Clique pasti sudah dikenali ramai terutamanya di kalangan peminat wanita.
Baru-baru ini dia kembali mencuri perhatian apabila memuat naik sebuah rakaman video pendek di laman Instagram tentang cara melindungi kasut kesayangan daripada basah terkena hujan.
Menerusi hantaran tersebut, MK dilihat telah membungkus kasutnya dengan menggunakan plastik berwarna putih.
View this post on Instagram
Namun, yang lebih mencuri perhatian netizen apabila ada di antara peminat telah mendedahkan harga sebenar kasut yang digayakan MK pada ketika itu.
Meninjau ruangan komen, ada peminat membongkar bahawa harga kasut berjenama mewah Nike Dior x Air Jordan itu sebenarnya mencecah harga lebih daripada RM40,000 sepasang.
View this post on Instagram
Ada juga antara pengikut media sosial MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan ini tampil berseloroh dengan mengatakan harga sepasang kasut itu sudah menyerupai harga sebuah kereta berjenama MyVi.
“Uish MyVi kat kasut tu.Hahahaha..” tulis seorang pengikut MK di Instagram.
Hasil carian BeautifulNara juga mendapati kasut berjenama mewah itu mempunyai pelbagai jenis dan varian harga namun kesemuanya bermula daripada puluhan ribu ringgit.
The post Harga Kasut Dah Macam Harga MyVi, Ini Sebab MK K-Clique Bungkus Kasut Dengan Plastik first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments