Sekian lama menanti, akhirnya tiba juga hari yang paling dinanti ramai selain digelar ‘Wedding Of The Year’ iaitu majlis penyatuan hati Noor Neelofa dan Muhammad Haris ataupun lebih dikenali sebagai PU Riz.
Lebih selesa menguncikan mulut sepanjang minggu ini meskipun sudah banyak khabar angin yang bertiup kencang, nampaknya ia kini sudah pun menjadi kenyataan.
BACA: St Regis Jadi Saksi Perkahwinan, Yakin Betul Netizen Dedah Lokasi Perkahwinan Neelofa Dan PU Riz
Berlangsung di Grand Ballroom di Hotel Grand Hyatt, Neelofa dan PU Riz telah pun selamat dinikahkan dengan berwakil walikan adiknya, Aqief dengan sekali lafaz sahaja. Malah jurunikah buat majlis pernikahan tersebut ialah Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.
Melihatkan pelbagai entri di laman media sosial, tetamu yang hadir terdiri daripada keluarga terdekat dan sahabat rapat sahaja. Khabarnya, jemputan yang memenuhi dewan tersebut hanyalah 100 orang sahaja.
Pasangan ini digayakan sedondon dengan pakaian bewarna putih dengan Neelofa tampil cantik dengan busana perkahwinan rekaan Alia Bastamam.
View this post on Instagram
Tahniah buat pasangan ini!
The post (TAHNIAH) Neelofa Dan PU Riz Sudah Sah Bergelar Suami Isteri first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments