#Hiburan: Ditanya Kenapa Tetamu Pakai Busana Seragam Putih, Ini Jawapan Neelofa,- “Semua Orang Dapat Merasa…”

Belum habis nampaknya topik mengenai perkahwinan selebriti terkenal, Neelofa bersama PU Riz yang dianjurkan meriah meskipun hanya dihadiri keluarga terdekat dan sahabat handai.

View this post on Instagram

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Advertisement

Namun, yang menarik perhatian adalah busana yang dipakai setiap tetamu diwajibkan berwarna putih suci di mana ianya dianggap sangat unik dan lain daripada yang lain.

Bukan sahaja tetamu diwajibkan memakai warna itu, malah setiap kru dan media yang hadir turut diminta sama dan sedondon.

View this post on Instagram

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Ketika ditanyakan mengapa kesemua tetamu,kru serta rakan media dikehendaki untuk mengenakan baju berwarna putih, ini penjelasan Neelofa seperti yang didedahkan Pengarah Urusan ANAS Cosmetics, Anas Zahrin di laman Instagramnya.

Menurut Anas, dia terpaksa menghubungi Neelofa untuk mengesahkan mengenai kod pakaian tersebut.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by ANAS® (@anaszahrin)

“Lofa (Neelofa), Anas pakai baju putih tak macam Anas yang pengantin ke?” tanyanya menerusi satu panggilan telefon.

“Memang la..semua orang akan rasa macam pengantin hari ini..It’s okay..” jawab Neelofa ringkas.

Difahamkan pengasas jenama tudung Naelofar itu inginkan kesemua tetamu berasa seperti seorang pengantin pada hari bahagianya bersama Haris.

View this post on Instagram

A post shared by ANAS® (@anaszahrin)

Anas dalam kesempatan itu turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar pasangan ini berbahagia sehingga ke syurga abadi.

Terdahulu, PU Riz dan Neelofa telah selamat diijabkabulkan pada hari Sabtu yang lalu bertempat di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

The post Ditanya Kenapa Tetamu Pakai Busana Seragam Putih, Ini Jawapan Neelofa,- “Semua Orang Dapat Merasa…” first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments