Penyanyi dan juga pelakon, Ismail Izzani berkata dia tidak mahu menjadikan alasan cinta sebagai penghalang untuk kekasihnya, yang juga penyanyi Shalma Eliana untuk mengejar cita-cita.
View this post on InstagramAdvertisement
Oleh disebabkan itu, Ismail dengan rela hati untuk melepaskan Shalma buat sementara waktu kerana penyanyi wanita itu akan melanjutkan pelajaran ke luar negara selama beberapa tahun.
Menurut Ismail,21, Shalma akan terbang ke Australia pada awal tahun hadapan meskipun jadual sebenar penerbangan adalah pada bulan Julai ini namun terpaksa ditangguhkan kerana situasi pandemik yang melanda dunia.
Ujar penyanyi lagu Luar Biasa ini lagi, dia pernah menyuarakan hasrat meminta kekasihnya itu hanya belajar dalam negara namun tidak akan menghalang cita-cita si dia.
View this post on Instagram
“Saya dah cakap dah kalau boleh nak suruh dia sambung belajar dekat sini sahaja..tapi saya tidak akan menghalang cita-cita dia. Saya nak dia rasa sendiri pengalaman belajar di luar negara..saya tidak dapat pengalaman itu sebab saya bukan orang yang jenis study.”
Tambah Ismail lagi, dia dan kekasihnya masih muda dan belum masanya buat mereka berdua untuk berfikir ke arah perancangan untuk mendirikan rumah tangga.
Sekadar info, Ismail Izzani dan Shalma Eliana telah menjalinkan hubungan cinta sejak tahun 2019 yang lalu. Disember lalu, Ismail difahamkan telah menghadiahkan sebentuk cincin berlian kepada kekasihnya itu sebagai ‘tanda cinta’ atas perhubungan mereka berdua.
View this post on Instagram
“Saya hormat dan akan sentiasa sokong apa yang dia buat sebab kami masing-masing bagi masa untuk teruskan impian serta cita-cita sendiri terlebih dahulu..” ujar Ismail mengakhiri temubual.
The post Sedia ‘Lepaskan’ Kekasih, Ismail Izzani Tak Mahu Cinta Jadi Penghalang first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments