Kini kembali menjadi bualan netizen, pelakon Janna Nick dikecam lagi apabila dia telah berkongsikan foto memaparkan dirinya memangku kekasih hati, Dini Azan Schatzmann di pangkuan riba.
View this post on InstagramAdvertisement
Foto tersebut telah dikongsikan Janna menerusi satu hantaran di Instagtam sempena tamatnya tayangan drama bersiri Marry Me Senorita di layar tv, beberapa hari yang lalu.
Sudah dijangka, foto tersebut ternyata telah mengundang komen netizen di mana rata-rata berpendapat bahawa Janna tidak patut beraksi seperti itu kerana mereka berdua masih belum mempunyai ikatan yang sah.
Ada juga yang memberi pendapat bahawa gambar seperti itu tidak patut dikongsi kerana kurang sesuai dan tidak manis berikutan Janna yang memakai hijab pada ketika itu.
Namun selepas beberapa ketika, Janna dilihat telah menutup ruangan komen foto tersebut mungkin kerana tidak tahan dengan kecaman yang dilemparkan netizen.
The post “Awak Perempuan Tolong Jaga Batas..” Muat Naik Foto Pangku Kekasih Di Riba, Janna Nick Dikecam Lagi first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments