Pastinya ada yang belum mengetahui siapakah pereka fesyen untuk busana putih bersih yang dipakai pengantin baru, Neelofa ketika majlis pernikahannya bersama PU Riz, semalam.
View this post on InstagramAdvertisement
Antara nama besar yang disebut-sebut menjadi pereka untuk gaun nikah itu adalah pereka fesyen terkenal negara, Datuk Rizalman Ibrahim.
Namun, pereka fesyen itu khabarnya hanya dijemput sebagai tetamu pada majlis indah itu.
View this post on Instagram
Ternyata, busana yang dipakai Neelofa pada hari bahagianya itu direka khas oleh Alia Bastaman yang memang terkenal dengan ciri romantis dan sentuhan renda pada setiap hasil rekaannya.
Tampil menjawab pertanyaan peminat di Instagram, Datuk Rizalman menjelaskan bahawa dia terpaksa menolak untuk membuat baju nikah Neelofa kerana tetap dengan prinsipnya yang sudah bersara daripada dunia fesyen seperti yang diumumkan beberapa tahun lalu.
“Maaf terpaksa menolak permintaan beliau sebab aku tidak mahu berganjak daripada keputusan persaraan..”
Meskipun tidak terlibat dalam penghasilan baju nikah itu, jalinan ukhwah antara dua personaliti terkenal ini masih lagi baik dan rapat seperti kebiasannya.’
Malah, Rizalman juga mendedahkan bahawa dia sempat memberi tazkirah khas buat Neelofa sebelum bergelar isteri kepada PU Riz.
Terdahulu, pasangan sepadan Neelofa dan Haris telah selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis di hotel terkemuka di Ibu Kota pada hari Sabtu yang lalu.
The post “Kenapa Tak Buat Baju Nikah Neelofa?”- Datuk Rizalman Jawab Persoalan Netizen Di Instagram first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments