Hafiz Hamids, pemilik butik fesyen jenama Leeyanarahman tampil membuat permohonan maaf di atas ketelanjuran kata-katanya yang seolah-olah telah memperkecilkan usaha para petugas barisan hadapan apabila dia mengiyakan ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) ketika menganjurkan pertunjukan fesyen pada hari Rabu lalu.
View this post on InstagramAdvertisement
Menerusi sebuah hantaran Instagram yang dimuat naik, Hafiz menjelaskan bahawa kata-kata yang diucapkannya menerusi video yang tular itu tidak menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.
“Dari hati yang ikhlas, saya memohon maaf atas apa yang berlaku. Kata-kata yang keluar dari mulut saya bukan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Kata-kata tersebut, hanya gurauan semata-mata bersama kawan kenalan yang rapat. Sebagai hype kepada seseorang yang acah-acah diinterview.”
Tambah Hafiz, pertunjukan fesyen tersebut memang mengikut SOP yang ditetapkan di mana semua pihak serta penonton akan menjalani saringan suhu dan memakai pelitup muka serta kerusi untuk diduduki telah dijarakkan mengikut keluasan dewan.
Mengakui sikapnya yang kurang sensitif, Hafiz memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang mungkin terasa dengan perkara yang diucapkan dalam video tersebut.
Founder sendiri cakap tak follow SOP. Huhu pic.twitter.com/Z79n5AfkOu
— Ainnnnnn (@ain_nasar) March 25, 2021
Semalam, tular di media sosial apabila pemilik jenama pakaian itu seolah-olah tidak sensitif dan peduli apabila ada segelintir tettamu yang hadir tidak mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan dalam mengekang penularan wabak COVID-19 pada ketika ini.
The post Hebat Dikritik Netizen, Pemilik Butik Fesyen Mohon Maaf, Mengaku Kurang Sensitif Isu SOP Dan Tak Hormat Frontliners first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments