Pelakon dan personaliti TV, Datuk Ac Mizal berkata dia tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang kerana beranggapan setiap individu mempunyai pendapat mereka yang tersendiri.
Pernah dilabel sebagai hos yang suka ‘cakap lepas’, penyanyi kumpulan 4U2C ini menjelaskan bahawa dia hanya ingin menjaga momentum serta tuntutan sesebuah program dan rancangan TV yang dikemudi oleh dirinya.
Menurut Ac Mizal lagi, pandangan orang terhadap dirinya adalah berbeza-beza di mana ada yang suka, ada yang tidak. Berikutan dengan itu, ujarnya lagi dia akan mencuba sehabis baik untuk membahagikan perkara yang patut dan tidak patut untuk dilakukan ketika bersiaran sebagai hos sesebuah rancangan.
Dia yang ditemui media sempena program MHThrowback baru-baru ini menjelaskan bahawa dia masih tahu akan batas-batas agama namun mengakui dirinya tidak lepas dari melakukan kesilapan.
View this post on Instagram
“Saya masih lagi beragama Islam dan saya tahu apa yang saya lakukan. Insyallah saya akan lakukan yang terbaik. Mungkin kadang-kadang ada kesilapan yang berlaku. Saya tak boleh kata tiada kesilapan tapi saya cuba mengelak daripada melakukannya.”
Suami kepada pelakon Datin Emylia Rosnaida ini juga berkata bahawa dia kini lebih cakna dengan kehendak penonton dan lebih sensitif dengan permintaan orang yang menyaksikan program yang dikendalikan olehnya.
View this post on Instagram
Kini sudah hampir tiga dekad bergelar anak seni, Datuk Ac Mizal masih kekal relevan dan aktif berada di kaca televisyen.
The post “Saya Masih Beragama Islam, Tahu Apa Yang Dilakukan..”Dilabel Hos ‘Cakap Lepas’, Datuk Ac Mizal Hanya Mahu Jaga Momentum first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments