Pasti ramai yang terus berteka-teki bilakah pasangan Neelofa dan PU Riz akan mendirikan rumah tangga.
BACA: Neelofa Dan PU Riz Bernikah Hujung Minggu Ini?
Selepas khabar angin berterbangan mengatakan majlis nikah mereka akan berlangsung pada minggu ini, orang ramai nampaknya memberikan perhatian lebih terhadap kemas kini terbaru kedua-duanya.
Terbaru, Neelofa telah memuat naik satu entri di laman Instagram miliknya di mana dia menyelitkan sekeping doa dan meminta para pengikutnya untuk mendokannya.
View this post on Instagram
Advertisement
Namun begitu, apa yang menarik perhatian ramai ialah latar belakang kolaj beberapa keping foto yang menghiasi doa itu. Jika dilihat dengan teliti, ia sepertinya menampilkan seorang wanita yang sedang ‘fitting’ busana berwarna putih meskipun tidak dilihat wajahnya dengan jelas.
Bukan itu sahaja, daripada foto yang dimuat naik pereka fesyen terkemuka Faizul Surani iaitu Rizalman Ibrahim by Faizul Surani, dapat dilihat kain layah perkahwinan dengan cacahan huruf N yang disimpulkan oleh orang ramai sebagai pangkal nama Neelofa.
Malah sosok wanita yang megenakan busana pengantin itu turut menjadi perhatian ramai dan terus menimbulkan teka-teki para peminat dan netizen Malaysia.
Apa pun, semoga segalanya berjalan lancar buat Neelofa dan PU Riz.
The post Neelofa Muat Naik Doa, Latar Belakang Entri Seperti Foto Busana Perkawinan Curi Perhatian Netizen first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments