Penyanyi yang juga bergelar usahawan kini, Siti Sarah ada berkongsi kisah suka duka kehidupannya sebelum bergelar selebriti dan ahli perniagaan yang berjaya.
View this post on InstagramAdvertisement
Dia dilihat telah berkongsikan pengalamannya itu menerusi sebuah hantaran di Instagram di mana Sarah telah mengimbas kembali nostalgia perjalanan hidupnya membersar di sebuah pangsapuri di Keramat.
Menurut Sarah, dia bukanlah lahir dalam keluarga yang senang dan apa yang dikecapinya kini adalah kerana hasil usaha serta kerja keras.
View this post on Instagram
“Ini lah sekolah, tempat mengaji, tempat main, semua dekat rumah ni. Awal-awak jadi artis pun ni lah tempat Sarah tinggal, semuanya bermula dari bawah. Mana ada terus hidup senang, semua kena ada usaha.”
Advertisement
Tambah isteri kepada pelakon dan pelawak Shuib ini lagi, bapanya juga pernah menjual roti canai untuk menampung hidup mereka sekeluarga meskipun bergelar anak seni pada ketika itu.
View this post on Instagram
“Tak ada kerja langsung, mengarah atau berlakon, sampaikan kami dah tak mampu bayar kereta. Kerana tanggungjawab besar, hilang rasa malu, abah pergi belajar buat roti canai.” cerita Sarah lagi menerusi hantaran Instagramnya itu.
Sekadar info, Siti Sarah dan Shuib kini sibuk menguruskan empayar minuman berasaskan madu yang diberi nama Bubble Bee di seluruh Malaysia.
The post “Abah Terpaksa Buat Roti Canai, Kereta Tak Bayar..” Siti Sarah Kongsi Suka Duka Hidup Tak Pernah Hidup Mewah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments