#Hiburan: Pernah Diejek Hodoh Dan Dipanggil Nama Binatang, Siti Sarah Kongsi Pengalaman Bergelar Anak Seni

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin menerusi Instagram miliknya telah berkongsi mengenai kisah suka dan duka ketika waktu awal bergelar anak seni.

Siti SarahSumber : Instagram Siti Sarah  

Meskipun memiliki bakat yang besar dalam bidang nyanyian, ujar Sarah, dia pernah menjadi bahan ejekan ramai hanya kerana memiliki fizikal yang tidak menepati citarasa sesetengah orang.

Advertisement

Katanya lagi, dia sering diejek kerana mempunyai fizikal hidung yang jelik dan turut dipanggil dengan nama binatang.

“Belum lagi part orang luar yang mengata Sarah. Dulu pun dah ada netizen tau! Muka tak lawa la, mengata hidung Sarah la, panggil Sarah dengan nama binatang. Ape je binatang yang diorang tak ejek? hahaha”

Walaupun pada awalnya penyanyi lagu Kesetiaan ini berasa sedih kerana menerima cemuhan seperti itu, Sarah berkata azam untuk terus cemerlang dalam dunia seni lebih mengatasi perkara-perkara negatif yang diterimanya sepanjang waktu itu.

Advertisement

“Tapi itulah yang dinamakan rezeki. Mungkin niat nak bantu keluarga, Allah permudahkan so terciptalah nama Siti Sarah dalam industri seni..” tulisnya panjang lebar dalam hantaran tersebut.

Sarah juga mendedahkan bahawa dia pernah kehilangan suara selepas melahirkan anak sulungnya sekitar tahun 2012 yang lalu.

Penyanyi lagu Saat Hilang Cintamu ini telah mendirikan rumah tangga bersama pelawak Shuib Sepahtu pada 26 Februari 2011 dan kini rumah tangga mereka meriah dengan kehadiran tiga orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni,9, Dzahira Talita Zahra,6, dan Ariq Matin yang kini berusia empat tahun.

The post Pernah Diejek Hodoh Dan Dipanggil Nama Binatang, Siti Sarah Kongsi Pengalaman Bergelar Anak Seni first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments