#Hiburan: ‘Kau Janji Dekat Aku Tapi?’ – Nonny Nadirah Buat Hal Lagi, Mila Jirin Dah Tak Nak Tegur

Belum reda dengan isu berpakaian seksi baru-baru ini, Nonny Nadirah sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila memuat naik foto berendam di dalam besen air tanpa baju. Foto yang diambil daripada belakang itu menunjukkan Nonny memakai kaca mata hitam dengan kapsyen ‘soap’.

BACA: ‘Semalam Aku Gigil Lihat IG Mu’ – Nukilan Mila Jirin Buat Nonny Nadirah, Imbau Kenangan Tunai Umrah

Advertisement

Memberi respon kepada perkara tersebut, rakan baiknya, Mila Jirin meluahkan rasa kecewa dengan apa yang telah dibuat. Menurut Mila, dia sudah tidak mahu menegur, hanya mampu berdoa semoga Allah SWT jentik hati rakannya itu kembali ke landasan yang betul.

Kata Mila lagi, sebelum ini dia telah menerima pelbagai kecaman gara-gara menegur secara terbuka di Instagram. Disebabkan itu juga, dia terpaksa menutup ruangan komen kerana tertekan.

Aku tak BODOH nak tegur tanpa betul betul lakukan apa yang perlu di lakukan sebagai sahabat! Takkan lah bodoh aku tak whatsapp…tak call…tak direct bercakap…Kau JANJI kat aku tapi???

Menafikan tuduhan mahu meraih publisiti, juara Akademi Fantasia 5 ini mempunyai sebab tersendiri mengapa menasihati rakan secara umum.

Advertisement

Sebelum aku cakap secara PUBLIC. Ada SEBAB aku LOUD!! Aku tak perlukan PUBLISITI pun seperti mana orang dok kutuk aku.. Aku telan orang maki hamun aku…Aku telan orang kutuk aku asalkan AKU DAPAT BAGITAU PADA 1 DUNIA NI YANG KAU TU ANAK YANG BAIK! SAHABAT YANG BAIK!

Harini aku antara yang SANGAT FRUST! Rasa macam selama ni aku bercakap dengan seorang PELAKON!

Mungkin selama ini aku sahaja yang anggap kau SAHABAT… Tahniah sahabat!

Aku dah tak mampu buat apa apa…mungkin 1 JUTA FOLLOWERS yang kau impikan. AKU CUMA ADA DOA ….AKU DOA MOGA ALLAH JENTIK HATI KAU…AKU DOA ALLAH KETUK KEPALA KAU. Sebab hanya Allah mampu ubah apa yang ada dalam kepala otak kau.

Aku post kat sini, sebab aku tau ko akan baca disini….

Berasa sangat kecewa, Mila Jirin menganggap mungkin selama ini dia sahaja yang menganggap Nonny sahabat baik namun tidak bagi Nonny. Walau bagaimanapun, dia memohon Allah SWT membuka hati rakannya untuk berubah.

 

The post ‘Kau Janji Dekat Aku Tapi?’ – Nonny Nadirah Buat Hal Lagi, Mila Jirin Dah Tak Nak Tegur first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments