Baru sahaja melangsungkan pernikahan pada Sabtu lalu, ramai yang tertanya-tanya urusan Neelofa dan Muhammad Haris ataupun PU Riz sehingga perlu merentas negeri ke Langkawi kini.
BACA: Foto Tular, Neelofa Dan PU Riz Didakwa Rentas Negeri Ke Langkawi?
Ianya mula menjadi percakapan ramai apabila beebrapa keping foto pasangan pengantin baru itu yang dilihat berada di destinasi pelancongan popular itu tular di media sosial.
Menurut pihak polis daerah Brickfields, mereka memberi kebenaran kepada Neelofa dan tiga yang lain untuk berada di kepulauan tersebut atas urusan kerja dan bukannya bagi berbulan madu.
Permohonan tersebut dibuat oleh syarikat produk minuman Chatime Malaysia di Balai Polis Sri Hartamas, malah mereka dibenarkan untuk bergerak ke lokasi berkenaan daripada 27 Mac hingga 4 April ini.
“Syarikat terbabit turut mengeluarkan surat memaklumkan nama Neelofa dan tiga yang lain berserta nombor kad pengenalan sebagai mewakili mereka untuk melawat kawasan Chatime yang akan dibuka.”
Advertisement
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Neelofa dikhabarkan akan bergerak ke tiga lokasi berdasarkan permohonan tersebut iaitu Langkawi, Sungai Petani, dan Kangar, Perlis.
“Mereka dijadual tiba di Langkawi pada 29 Mac dan akan berada di sana sehingga 2 April sebelum melawat cawangan Chatime di Sungai Petani dan Kangar pada 3 April.”
Bukan itu sahaja, pihak Chatime Malaysia turut mengeluarkan kenyataan rasmi bagi mengesahkan urusan kerja bersama Neelofa sehingga memerlukan selebriti itu berada di Langkawi kini.
View this post on Instagram
Malah Neelofa juga sempat berkongsi beberapa entri di IG Story miliknya bagi membuktikan bahawa dia ke Langkawi atas urusan kerja dan kolaborasi bersama jenama minuman tersebut.
Baru lepas kahwin dah sibuk dengan kerja, bertabahlah Neelofa dan suami.
The post Polis Dedah Neelofa Dan PU Riz Ke Langkawi Atas Urusan Kerja first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments