#Hiburan: “Saya Tak Akan Berpura-Pura…”- Mengaku Minum Arak Secara Terbuka, Alicia Amin Dikecam Lagi

Model dan juga pelakon, Alicia Amin menerusi satu hantaran di media sosial Twitternya telah mengundang kecaman netizen apabila dia secara terbuka mengaku minum arak bersama suami tercinta.

View this post on Instagram

A post shared by Alicia Amin (@hangriii)

Advertisement

Menerusi twit tersebut, Alicia menulis bahawa dia berasa hebat menikmati arak ketika suami berada di sisi, tidak seperti ketika masih solo dahulu.

Ujarnya lagi, dia berasa selamat kerana boleh berada dalam keadaan mabuk dengan kehadiran suami yang akan melindunginya jika berlaku sesuatu tidak diingini.

Namun, ciapan itu telah mengundang persepsi berbeza apabila ada sesetengah individu mengecam Alicia kerana merasakan tidak sesuai memandangkan dia seorang muslim.

Twitter Alicia AminSumber : Twitter Alicia Amin  

Meskipun perkara tersebut berunsur peribadi, netizen beranggapan Alicia patut menyimpan soal kehidupan sosialnya daripada umum agar tidak dikecam masyarakat.

Walau bagaimanapun, pelakon drama Alamatnya Cinta ini berkata dia sama sekali tidak akan bersifat berpura-pura kononyan tidak mengambil sebarang minuman beralkohol sepanjang hidupnya.

View this post on Instagram

A post shared by Alicia Amin (@hangriii)

Perkembangan lain, Alicia bakal muncul dalam drama terbaru berjudul Meh Sandar Lagi dan juga filem lakonannya iaitu Salina yang kini sedang ditayangkan di seluruh negara.

Terdahulu, Alicia Amin telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga seorang doktor, Farzan pada tanggal 14 Februari yang lalu.

The post “Saya Tak Akan Berpura-Pura…”- Mengaku Minum Arak Secara Terbuka, Alicia Amin Dikecam Lagi first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments