Penyanyi lagu Eh!, Zizi Kirana dilaporkan telah kehilangan ibu saudara tercinta pada pagi ini (Jumaat) di kampung halamannya di Sabah kira-kira jam 2.40 pagi tadi.
Berita duka itu diumumkan pengurus kepada Zizi iaitu Bob ketika dihubungi media sebentar tadi.
Menurut Bob, Zizi telah menerima perkhabaran sedih itu ketika selesai menjalani penggambaran drama kira-kira pukul 3 pagi tadi dan masih dalam keadaan terkejut.
Ujar pengurus Zizi itu lagu, punca sebenar kematian ibu saudara Zizi yang digelar Umi masih belum dipastikan sehingga ke saat ini.
Sekadar info, ibu saudara Zizi telah menjaga penyanyi itu sejak kecil dan penyanyi itu telah menganggap umi sebagai ibu kedua buat dirinya.
View this post on Instagram
“Ya..betul umi (ibu) Zizi meninggal dunia sekitar pukul 2.40 pagi tadi. Selepas habis shooting pukul 3 pagi, baru Zizi dapat tahu. Arwah meninggal di Sabah tapi saya tak pasti sakit apa. Buat masa sekarang, Zizi memang tak boleh nak bercakap..dia diam sahaja. Saya pun taknak tanya apa-apa lagi sebab dia tengah bersedih.”
Selain itu, penyanyi Zarina Zainoordin ada memuat naik status di Instagram yang memaklumkan pemergian ibu saudara Zizi dan turut memohon doa agar semua peminat mendoakan penyanyi itu serta ahli keluarganya agar tabah menghadapi ujian.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, perkembangan terkini, Zizi dilaporkan sedang menguruskan perjalanan pulang ke Sabah dan sudahpun mendapat kebenaran daripada pihak polis.
BeautifulNara juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah di atas kehilangan ibu saudara tercinta dan diharap Zizi tabah menghadapi dugaan tersebut.
The post (TAKZIAH) Anggap Macam Ibu Kandung, Ibu Saudara Zizi Kirana Meninggal Dunia Pada Pagi Jumaat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments