Pelakon Zara Zya,36, yang baru-baru ini dihimpit kemelut dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Redza Farhan nampaknya masih belum mempunyai titik noktah.
Ujar Zara, dia tidak mahu membalas segala provokasi yang diberikan oleh pihak Redza dan memilih untuk berdiam diri buat sementara waktu.
Tambah Zara, dia memilih untuk mendiamkan diri kerana enggan memperbesar-besarkan cerita remeh seperti itu.
View this post on Instagram
“Saya belum selesai lagi dengan Redza. Saya tak suka nak balas balik sebab dia tengah push. Jadi memang saya biarkan saja sebab tak suka. Kalau ada apa-apa pun, saya tak pernah nak bersuara. Kalau sikit-sikit boleh la tapi untuk jawab dia punya DM atau provokasi memang saya rasa tak perlu.”
Menurut pelakon drama Monalisa ini, perancangan awalnya memang mereka ada berniat untuk mengadakan babak membaling biskut namun keputusan itu diubah pada hari penggambaran.
View this post on Instagram
Kata Zara, Redza sudahpun diberitahu mengenai perubahan rancangan tersebut namun selaku jurufilem untuk iklan promosi biskut tersebut, dia masih melakukan babak berkenaan sehingga mencetuskan perasaan tidak puas hati dalam diri Zara Zya.
Merasakan perbuatan itu sebagai satu pembaziran, Zara dalam pada itu turut berkata bahawa dia kini sudah tidak ambil pusing mengenai dakwaan netizen yang mengatakan segala apa yang berlaku itu hanyalah sekadar gimik dan ‘marketing’ semata-mata.
“Biar la apa orang nak cakap, yang penting dia tak ada kat situ. Hanya kami berempat sahaja. Jadi kami tau apa yang terjadi.” ujar Zara.
View this post on Instagram
Terdahulu, Zara menerusi sebuah hantaran video di Instagramnya telah mencuri perhatian netizen apabila dia kelihatan berang dengan Redza selepas dibaling dengan cebisan biskut ketika melakukan sesi penggambaran iklan promosi produk terbarunya.
Zara yang marah dengan tindakan tersebut bertindak bangun daripada tempat penggambaran sebelum bertindak memarahi lelaki berkenaan akibat perbuatan yang dirasakan membazir itu.
The post “Biar La Apa Orang Nak Cakap..” Konflik ‘Baling Biskut’ Belum Selesai, Zara Zya Malas Layan Provokasi first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments