Pelakon dan pengacara, Sarah Hildebrand mengumumkan berita duka apabila nenek kesayangan, Doyah Pin dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir, kelmarin.
Sarah dilihat telah berkongsikan perkhabaran sedih itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya.
“Dengan penuh rasa duka, saya ingin memaklumkan bahawa nenek (digelar atuk) kesayangan saya, Doyah Pin telah meninggal dunia. I love you Atuk, Al-Fatihah.”
Perkongsian sedih itu turut mendapat perhatian peminat serta rakan artis yang rata-rata mengucapkan takziah menerusi ruangan komen.
Manakala menerusi Instagram Story, Sarah memaklumkan segala urusan penghantaran barang kepada pelanggan akan ditangguhkan seketika disebabkan oleh kehilangan insan tersayang itu.
Takziah diucapkan buat Sarah Hildebrand sekeluarga di atas kehilangan nenda tercinta.
The post (TAKZIAH) Nenek Pelakon Sarah Hildebrand Meninggal Dunia first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments