Penyanyi rap Loca B menerusi ruangan Instagramnya mendedahkan bahawa dia lebih suka menyolek wajahnya sendiri berbanding menggunakan perkhidmatan jurusolek.
View this post on InstagramAdvertisement
Ini kerana, isteri kepada penyanyi K-Clique Tuju itu mendakwa dirinya seperti ‘pondan’ jikalau menggunakan jurumekap.
Meskipun begitu, Loca bagaimanapun menjelaskan bahawa tiada niat untuk mempersoalkan kredibiliti mana-mana jurusolek tempatan.
View this post on Instagram
“Sebelum ada yang marah, biar saya jelaskan. Saya tidak mempersoalkan teknik dan bakat seseorang jurumekap. Tidak semua jurumekap menyentuh wajah saya dengan rupa begini. Cuma wajah saya sahaja yang tidak boleh menerima solekan tebal.”
Dia dilihat telah memuat naik sebuah video TikTok menerusi akaun Instagram yang menunjukkan wajahnya lebih cantik jika disolek sendiri.
Namun, ada juga sesetengah netizen yang berasa kurang senang atas penggunaan ayat ‘pondan’ dalam video tersebut.
The post Disolek Macam ‘Pondan’, Loca B Akui Lebih Selesa Hias Wajah Sendiri first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments