Pengarah drama terbaru terbitan Astro Originals, Projek : Anchor SPM (PAS) tampil memberi penjelasan apabila ada yang mendakwa karyanya itu telah diinspirasikan daripada filem negara Thailand yang berjudul Bad Genius.
Menurut Razaisyam Rashid selaku pengarah drama premium terbabit, PAS adalah seratus peratus berbeza dan ianya bukanlah sebuah kisah benar.
Jelasnya lagi, drama tersebut mengisahkan perbuatan licik secara rawak antara pelajar sekolah menengah yang sedang mengikuti peperiksaan SPM pada ketika itu.
View this post on Instagram
“Malah, drama ini berlatar belakangkan tahun 2003 di mana pada ketika itu pelajar masih tiada akses kepada internet. Lagipun isu pelajar meniru ketika peperiksaan berlaku di seluruh dunia.”
Manakala seorang lagi rakan pengarah, Anwari Ashraf tampil memberitahu bahawa PAS dan Bad Genius adalah dua naskah yang berbeza, tidak diinspirasikan dari mana-mana pihak.
View this post on Instagram
“Bagi saya perbezaan terbesar PAS dengan Bad Genius adalah genre. Bad Genius lebih kepada thriller dan heist punya filem manakala kita genre young adult atau ‘coming-of-age’ dan lebih kepada semangat ukhwah, persahabatan, mencari erti hidup dan sebagainya.”
Tambahnya lagi, mungkin ada yang sama dari segi lokasi seperti saat menjawab peperiksaan dan masuk ke dewan sekolah misalnya. Namun, dia meminta penonton untuk menilai dengan lebih lanjut setelah menonton karya tersebut di televisyen, adakah sama atau tidak dengan filem daripada Thailand itu.
View this post on Instagram
Sekadar info, drama Projek : Anchor SPM ini dibintangi barisan artis terkenal seperti Daiyan Trisha, Aedy Ashraf, Shasha Abedul, Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat, Tony Eusoff dan ramai lagi. Ianya boleh ditonton bermula 15 Mac ini di saluran Astro Citra pada jam 9.00 malam.
The post Didakwa Tiru Filem Thailand Berjudul Bad Genius, Pengarah Dram Projek : Anchor SPM Tampil Beri Penjelasan first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments