Tahniah kami ucapkan kepada pelakon jelita, Bella Dally yang kini sudah bertemu penggantin dan bergelar tunangan orang.
Selepas lima bulan mengenali hati budi seorang ahli perniagaan bernama Arif, Bella akhirnya mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya itu pada Sabtu lalu dalam sebuah majlis tertutup di kediamannya di Kota Kinabalu, Sabah.
Arif adalah kenalan sepupu dan beberapa rakan lain. Apabila sering berjumpa beramai-ramai, kami jadi rapat dan cinta pun berputik. Saya dapat rasakan antara kami ada keserasian. Begitu juga dengannya. Dalam masa sama, saya pula jenis yang serius dalam perhubungan dan tak nak buang masa. Orang kata, perkara bagus sebaiknya dipercepatkan.
Sejujurnya, saya tidak menjangka akan melalui fasa ini sekali lagi. Walaupun selepas bercerai saya pernah cakap nak memberi fokus pada kerjaya dan belum fikir soal mencari pengganti, tapi siapa saya untuk menidakkan ketentuan Allah SWT? Inilah yang dikatakan jodoh.
Buat masa ini, Bella belum bersedia untuk berkongsi dengna lebih lanjut mengenai hubungan cintanya itu dan cukuplah untuk peminat tahu bahawa beliau sedang gembira dan bahagia sekarang. Sikap Arif yang ‘gentleman’, bertanggungjawab dan boleh menerima statusnya membuatkan Bella jatuh cinta dengan jejaka tersebut.
Pasangan ini merancang untuk berkahwin pada tahun ini tetapi belum lagi menetapkan tarikhnya. Bella berharap orang ramai mendoakan yang baik-baik sahaja buatnya agar segala perancangan berjalan lancar dan dipermudahkan.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments