Walaupun bulan Disember telah pun berlalul, masih lagi sempat untuk anda pergi bercuti sebagai tanda penghargaan terhadap diri sendiri selepas penat bekerja sepanjang tahun. Tak kira sama ada anda bercuti ke luar negara atau pun dalam negara, pastikan ke”awesome”an percutian anda TERJAMIN dengan membawa 3 “Mate” ini:-
- Huawei Mate 20 Pro
Tak lengkap percutian anda sekiranya tidak membawa sebuah smartphone yang canggih, pantas dan mempunyai rekaan yang awesome. Huawei 20 Pro menawarkan pilihan warna yang unik, memikat dan membuatkan pemiliknya berasa istimewa. Warna yang paling popular adalah “Emerald Green” dan juga “Twilight”.
Selain mempunyai rekaan yang ‘slim’, Huawei 20 Pro juga memiliki “Hyper Optical Pattern” untuk memastikan ia tidak akan terlepas daripada pegangan tanda anda. Bolehlah mengambil gambar dan ber’selfie’ dengan tenang dan yakin. Paparan skrinnya bersaiz 6.39 inci menggunakan “OLED Curve Screen” pula adalah yang terbaik di pasaran. Boleh layan movie macam dalam wayang!!!
Rekaannya kamera Huawei 20 Pro juga amat simple, elegan dan ikonik. Gambar-gambar sepanjang percutian anda confirm akan menjadi “insta-worthy” kerana kamera Huawei 20 Pro ini dilengkapi dengan 20 MP Leica Lens Ultra-Wide dengan bukaan f/2.2, 40 MP wide-angle lens, dan OIS, HDR, dual-tone flash yang mampu merakam gambar anda dengan lebih mantap. Kamera selfienya juga tidak kurang hebat dengan 24 MP dengan bukaan f/2.0 yang memastikan ia sentiasa fokus pada wajah anda.
P.S: Paling best ialah pengecasan selama 30 minit SAHAJA membolehkan bateri Huawei Mate Pro dicas sehingga 70%. Pantas!!!
Kalau anda yang belum tahu tentang program VIP Huawei ni, kami nak explain sikit . Program VIP Huawei ni khas untuk pemilik rangkaian model Huawei P20 yang dibeli terus dari kedai-kedai official Huawei. (https://shop.huawei.com/my/cmsContent?key=web_cms_vip_card)
Antara kelebihan program ini ialah, anda boleh mendapatkan pelbagai ganjaran menarik yang ditawarkan khas kepada pengguna atau pemilik rangkaian model Huawei P20 ni.
Setelah anda membeli smartphone anda, cepat-cepat sikit download app Huawei VIP. (https://play.google.com/store/apps/details?id=my.huaweirewards.huaweivip)
- Matebook X Pro
Sekiranya anda terpaksa membawa sebuah laptop kerana tuntutan kerja sepanjang percutian anda, pilihan yang terbaik tidak lain tidak bukan ialah Matebook X Pro. Ia sangat nipis (tebal hanya 14.66mm), ringan (hanya 1.33 kg), pantas (dijana dengan Intel i7) dan dilengkapi pelbagai ciri yang awesome.
Paling best ialah skrin Matebook X Pro yang boleh disentuh menggunakan tangan mempunyai ratio body-screen sebanyak 91%. Paparan 3Knya membuatkan laptop ini sesuai digunakan untuk sebarang kerja untuk jangan masa yang panjang. Jika anda seorang gamer, kepuasan anda terjamin kerana Matebook X Pro dijana dengan kuasa grafik yang power dan mampu memproses sebarang aktiviti dengan begitu pantas sekali.
- Huawei Watch GT
Penampilan masa bercuti kenalah kacak, macho dan bergaya kan? Untuk melengkapkan lagi setiap gambar OOTD yang bakal diambil sepanjang percutian anda, Huawei Watch GT adalah pilihan terbaik. Ia adalah sebuah jam pintar yang sangat canggih, elegan dan mampu menyerlahkan ketrampilan si pemakainya.
Mempunyai 2 pilihan iaitu Sport dan Classic, Huawei Watch GT mampu bertahan selama 2 minggu tanpa sebarang pengecasan. Ia diperbuat daripada stainless steel, menggunakan skrin Amoled 1.39 inci dan mempunyai pelbagai fungsi untuk mereka yang inginkan gaya hidup sihat.
Fungsi Huawei Watch GT yang paling menarik ialah sistem TruSeen 3.0 yang memantau pergerakkan degupan jantung anda secara real-time. Ini memang bagus sebab selalunya ketika bercuti kita menggunakan tenaga secara berlebihan. Jadi apabila jantung kita berdegup terlebih laju, bolehlah kita berehat seketika untuk menenangkan diri.
Jadi tunggu apa lagi? Percutian anda pastinya akan lebih awesome bersama 3 “Mate” ini di sisi menemani anda. Beli sekarang juga di https://shop.huawei.com/my/index.html atau sekiranya ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, anda boleh layari Facebook Huawei Malaysia.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments