Didik Anak Mengenai Seks Menurut Imam Ghazali...


Hasil carian imej untuk didik anak tentang seks

PENDIDIKAN seks adalah penting untuk mengajar anak kita tentang diri mereka malah melindungi diri mereka sendiri dari gangguan seksual. Malah, seorang sarjana Islam terkenal, Imam Al-Ghazali juga telah menulis beberapa teks tentang seks dalam Islam.

Beberapa bukunya menyebut tentang topik ini seperti, Perkahwinan dan Seksualiti dalam Islam. Di sini antara 7 tips cara mendidik anak tentang seks menurut Islam. Jika seseorang seperti Al-Ghazali yang dipanggil sebagai “bukti agama Islam” boleh bercakap tentang subjek ini secara terang-terangan, maka inilah masanya kita melihat subjek pendidikan seks ini dengan lebih mendalam lagi.

Lihat 7 perkara ini.. Tip ini diangkat dari tulisan Zulia Ilmawati, seorang pakar psikologi masalah anak dan remaja dalam penulisannya bertajuk 'Pendidikan Seks Untuk Anak-anak'.Ini...


1. Tanamkan rasa malu dalam diri anak-anak


Anda perlu menanamkan rasa malu dalam diri anak sejak mereka kecil lagi. Jangan biasakan anak bertelanjang depan orang seperti selepas mandi, menukar baju dan sebagainya.


2. Mengasingkan tempat tidur mereka.


Apabila umur anak masuk 7 ke 10 tahun, anak akan mengalami perkembangan yang cepat. Mereka akan mula meneroka dunia luar. 

Mereka bukan saja berfikir tentang diri sendiri, malah mereka juga akan penuh dengan rasa ingin tahu tentang perkara yang berbeza dengan diri mereka.

Asingkan tempat tidur anak lelaki dan anak perempuan seawal usia ini supaya mereka tahu tantang perbezaan dan perbatasan antara lelaki dan perempuan.

3. Menjaga kebersihan alat sulit

Ajar anak tentang menjaga kebersihan alat sulit mereka agar sentiasa bersih. Biasakan mereka untuk membuang air dengan betul.

Dengan cara ini, anda dapat mendidik anak untuk berdikari, menjaga kebersihan dan berdisiplin serta pandai menguasai diri sendiri semasa melakukan hadas.

4. Kenal dengan mahram mereka

Menurut Islam, perempuan tak boleh menikahi lelaki mahramnya. Jadi, kenalkan anak anda tentang mahram mereka supaya mereka boleh menjaga pergaulan seharian mereka dan mereka tahu dengan siapa mereka perlu menjaga batas pergaulan.

5. Menjaga pandangan mata

Sudah menjadi fitrah bagi manusia untuk tertarik dengan jantina lawan mereka. Tapi, fitrah ini perlu dijaga untuk mengelakkan dari perkara buruk terjadi.

Malah, dalam Al-Quran, Allah menyuruh lelaki untuk menundukkan pandangan mereka dulu sebelum menyuruh wanita untuk menutup aurat.

6. Mendidik anak untuk tidak berkhalwat

Khalwat adalah apabila lelaki dan wanita yang bukan mahram duduk berdua di satu tempat. Jadi, didik anak anda dari kecil untuk tak melakukan khalwat bagi mengelakkan perkara-perkara buruk berlaku kerana sesungguhnya orang ketiga adalah syaitan.

7. Ihtilâm dan haid

Ihtilâm adalah tanda anak lelaki baligh dan haid adalah tanda baligh bagi anak perempuan.

Jadi, persiapkan anak anda dengan ilmu yang perlu mereka lakukan selepas akil baligh seperti mandi wajib dan menjaga kelakuan mereka.

Semoga info ini bermanfaat. (IH)

(Lihat juga..  9% Pelajar Peralihan Aktif Seks Bebas -Hannah Yeoh... Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tidak adakah peluang mengambil sistem pembelanjaran seks menurut kaedah ilmu Islam, yang telah berjaya melahirkan pelajar bertakwa dan bermoral di bawah pimpinan guru dan ulama Islam terdahulu?

Betapa ramainya 'bijakpandai bertakwa dan bermoral' yang terhasil dari sistem pembelanjaran tersebut sebelum ini? Sila buat kajian, jangan biarkan, 'seks bebas syaitan' budaya bejat barat  itu, menyeludup masuk di kalangaan pelajar dan remaja Malaysia.

Fikir-fikirlah untuk kesejahteraan negara kita!)
Hasil carian imej untuk Seks menurut imam ghazali
sumber : ibnuhasyim.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments