#Hiburan: “Yang Lain Pun Tegap-Tegap Juga..” – Jadi Perhatian Selepas Pertama Kali Sertai Perbarisan, Abang ‘Sado’ JPJ Tiada Niat Bersaing

Melalui laporan Gempak, Pasukan Bina Badan Unit Beruniform Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) meluahkan rasa teruja kerana buat pertama kalinya memasuki perbarisan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya.

Menurut salah seorang ahli anggota JPJ, mereka menyertai perbarisan pada tahun ini untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa mereka juga ada badan yang tegap.

Advertisement

Kami nampak badan beruniform yang lain pun tegap-tegap juga. Kami respek lah tengok mereka.

@malaysiatribune Nampaknya tahun ni abang bomba dah ada pesaing abang JPJ 😂 #malaysiatribune #merdeka #putrajaya #malaysiamadani #bomba #jpj ♬ original sound – malaysia tribune

Kata salah seorang ahli anggota JPJ iaitu Fakhrul, penampilan ‘sado’ itu bagi tujuan kesihatan disamping menjaga imej serta nama unit barisan hadapan itu.

Bahkan, dia menegaskan tiada persaingan antara mereka dengan unit beruniform yang lain.

Dalam pada masa yang sama, mereka turut mengakui menerima gangguan-gangguan daripada netizen tetapi enggan mengambil serius.

Gangguan itu perkara biasa, kita pilih yang mana elok atau tidak. Pandai pilih lah nak layan atau tidak. Asalkan jaga nama baik.

abang pdrm utk
12 months ago

"Oppa Malaysia, Dah Disahkan Bujang!" - 'Abang PDRM UTK' Pula Jadi Kegilaan Ramai

The post “Yang Lain Pun Tegap-Tegap Juga..” – Jadi Perhatian Selepas Pertama Kali Sertai Perbarisan, Abang ‘Sado’ JPJ Tiada Niat Bersaing first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments