#Hiburan: Syedewa Hampir Kena ‘Scam’ Dengan Polis Trafik, Tahan Kereta & Nak Saman – “Dia Cakap Kalau Nak Fight Pergi Mahkamah”

Jurumekap profesional, Syedewa berkongsi di aplikasi X insiden di mana dia telah diberhentikan oleh polis trafik ketika dia memandu baru-baru ini.

Ceritanya, ketika itu dia sedang memandu dan diminta berhenti oleh polis trafik sebelum dimaklumkan dia bakal disaman atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar.

Advertisement

 

Main nak saman je?

Bagaimanapun, dia tidak berpuas hati kerana memang sudah memakai tali pinggang keledar dan Syedewa kemudian menyuarakan hal tersebut kepada polis berkenaan.

Dia cakap kawan dia nmpak aku tak pakai, on the way baru pasang Aku cakap kalau betul tak pakai tunjuk lah bukti. Dia cakap kalau nak fight pegi mahkamah.

Tidak berputus asa, Syedewa kemudian berkata kepada seorang lagi anggota polis trafik tersebut bahawa keretanya akan mengeluarkan bunyi sekiranya tali pinggang keledar tidak dipakai.

syedewa hampir disaman tapi pakai seatbelt

Mereka berdua kemudian beredar dan tidak meneruskan saman terhadapnya. Hal itu membuatkan Syedewa tertanya dan mempersoal tentang integriti dua anggota itu bertugas.

Masalahnya.. boleh eh saman saman gitu main, main tengok tengok, teka teka siap nak suruh pergi mahkamah fight. apa benda ni PDRM?

 

Ramai pernah kena?

Dia turut berkongsi tentang insiden itu di Instagram story dan mengejutkan, menurut Syedewa ramai yang membalas hantaran tersebut memaklumkan mereka juga pernah terkena hal yang sama dengan polis trafik.

I ada pengalaman, pernah kena RM800. Malas nak ingat….

syedewa hampir disaman polis trafik

syedewa hampir disaman polis trafik

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

cermin kereta pecah dibaling bata stesen imbi
5 days ago

Kereta Kena Baling Bata Dari Stesen Monorel, Wanita Dakwa Polis Ambil Sambil Lewa Laporan Dibuat - “Tunggu Berjam-Jam Tapi..."

The post Syedewa Hampir Kena ‘Scam’ Dengan Polis Trafik, Tahan Kereta & Nak Saman – “Dia Cakap Kalau Nak Fight Pergi Mahkamah” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments