#Hiburan: ‘Healing’ Di Mekah Tunai Umrah, Netizen Puji Shuk & Fara Cuba Perbaiki Masalah Bersama – “Selamatkan Rumah Tangga Selagi Boleh”

Menerusi hantaran terbaru di Instagram, pelawak Shuk Sahar dan isteri, Fara Salleh dilihat sedang berada di Mekah untuk menunaikan umrah.

Foto itu memaparkan mereka berdua berpakaian serba hitam berdiri di hadapan Masjid Nabawi dan ia telah mendapat perhatian ramai pengikut.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by (@shuk_sahar)

Sebelum ini, Fara ada memberi ‘hint’ dan membuatkan pengikutnya berteka-teki dengan destinasi ‘healing’ dan kini semua tahu pasangan itu sedang menunaikan umrah.

Ruangan komen itu dipenuhi dengan nasihat dan kata-kata semangat buat pasangan tersebut selepas rumah tangga mereka baru-baru ini didakwa berlaku pergolakan.

Rata-ratanya mendoakan agar pasangan itu dapat memperbaiki diri masing-masing untuk keharmonian rumah tangga mereka.

Terdahulu, nama mereka menjadi bualan di media sosial selepas Fara Salleh memuat naik hantaran mengatakan dia menyesal berkahwin sekaligus menimbulkan dakwaan bahawa rumah tangganya bersama Shuk Sahar sedang bergolak.

1 week ago

Iqram Dinzly Balas Pada Fara Salleh, Geram Kerana Burukkan Nama Shuk Sahar - “Seolah-Olah Play Victim Macam Awak Angel”

The post ‘Healing’ Di Mekah Tunai Umrah, Netizen Puji Shuk & Fara Cuba Perbaiki Masalah Bersama – “Selamatkan Rumah Tangga Selagi Boleh” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments