#Hiburan: “Dia Sendiri Datang Ziarah, Tolong Mandikan Jenazah Bayi Marissa” – Kakak Umisya Pertahan Adik Dituduh ‘Happy’ Atas Kematian Anak Madu

Kakak kepada Umisya Mazlan, Sella Mazlan tampil mempertahankan adiknya apabila ada individu membuat fitnah yang mengatakan adiknya itu ‘bergembira’ dengan kematian bayi madunya tempoh hari.

Ujar Sella, mereka sebenarnya telah mengetahui akan berita duka itu sebelum media melaporkan kepada awam.

Advertisement

Jelas kakak Umisya, adiknya ada menziarahi malah menguruskan jenayah bayi sulung Marissa dan Salam.

Katanya lagi, Umisya tidak pernah bergembira dengan berita kematian itu sebaliknya turut bersedih dan terkejut.

Kakak Umisya pertahan adik

Kakak umisya pertahan adik

Adik kami Misya sendiri datang ziarah jenazah, mandikan jenazah dan solatkan arwah bayi.

Adik kami tidak seronok malah apa yang dikeluarkan dari mulutnya “ini semua ujian yang Allah SWT aturkan untuk kita”.

Sebagai seorang kakak, Sella meminta orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya melemparkan fitnah melampau terhadap Umisya dan menjaga emosi memandangkan adiknya itu kini turut hamil anak ketiga.

Misya turut sedih dan terkejut tentang berita keguguran dan kematian baby M, kerana adik kami juga ibu dan sekarang pun tengah berbadan dua, jadi sila jaga emosi adik saya. Jaga kata-kata anda wahai manusia.

Terdahulu, berita mengenai anak sulung Marissa dan Aslam yang meninggal dunia selepas dilahirkan secara pra matang telah mengejutkan ramai pihak termasuklah ibu Marissa, pelakon dan penyanyi Abby Abadi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

15 hours ago

Abby Abadi Tak Tahu Marissa Dania Bersalin Bayi Pramatang -”Saya Tak Tahu Nak Nasihat Apa”

 

The post “Dia Sendiri Datang Ziarah, Tolong Mandikan Jenazah Bayi Marissa” – Kakak Umisya Pertahan Adik Dituduh ‘Happy’ Atas Kematian Anak Madu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments