#Hiburan: “Alhamdulillah, Rezeki..” – Dua Dekad Dalam Industri Lakonan, Remy Ishak Kini Bergelar ‘Datuk’

Difahamkan, kini Hero Malaya iaitu Remy Ishak telah pun menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Kata Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak, gelaran tersebut merupakan rezeki selepas hampir dua dekad berkecimpungan dalam industri seni sebagai pelakon.

Advertisement

Dalam pada itu, aktor itu turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Rustam dan Kerajaan Negeri Melaka atas penganugerahan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remy Ishak (@remyishak)

Alhamdulillah, rezeki. Ini adalah sebab kenapa saya perlu lebih bekerja keras.

Untuk info ramai, sepanjang 19 tahun dalam industri lakonan, Remy Ishak telah berlakon hampir 40 buah filem dan dia turut telah menerima pelbagai anugerah dalam kerjaya lakonannya, termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Skrin dan Festival Filem Malaysia.

Ezza tepis dakwaan remy ishak makin sendu
4 days ago

"Dia Dah Pulangkan Dekat Saya, Chill Okay" - Isteri Jawab Dakwaan Remy Ishak Pakai 'Cincin Hidung' Sebab Nak Publisiti

The post “Alhamdulillah, Rezeki..” – Dua Dekad Dalam Industri Lakonan, Remy Ishak Kini Bergelar ‘Datuk’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments