#Hiburan: Pengunjung Boleh Solat Jumaat Di Musolla IOI City Mall, Putrajaya Mulai 6 September Akan Datang!

Pusat membeli belah terkemuka, IOI City Mall di Putrajaya berkongsikan berita baik apabila kini pengunjung lelaki sudah boleh menunaikan solat Jumaat di situ.

Menerusi Facebook, solat Jumaat pertama bakal diadakan pada 6 September akan datang bermula dari jam 12 tengah hari sehingga 3 petang.

Advertisement

Menurut pihak pengurusan, kerjasama bersama Pejabat Agama Islam Sepang (PAID) itu dikira sebagai satu kemudahan yang lebih baik untuk para jemaah lelaki yang berada di sana pada hari Jumaat.

ioi city mall

Bagi yang tidak tahu atau tidak pasti surau itu terletak di Arah Timur, aras LG berdekatan ‘East Court’ dan di belakang Poh Kong atau anda boleh imbas kod QR dan akan diberikan pandu arah ke musolla IOI City Mall.

Sementara itu, jemaah wanita yang ingin menunaikan solat Zohor ketika solat Jumaat sedang berlangsung boleh ke beberapa surau lain yang terletak di:

  • West Wing
  • Basement P3 (berhampiran Terminal Bas)
  • Lower Ground (berhampiran Tony Roma’s & Ayu Borneo)
  • Level 2 (berhampiran Klinik Dr. Ko)

 

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

vending machine vape dalam shopping mall
1 month ago

Netizen Berang Mesin Layan Diri ‘Vape’ Diletak Dalam Pusat Beli Belah, Remaja Bawah Umur Pun Boleh Beli

The post Pengunjung Boleh Solat Jumaat Di Musolla IOI City Mall, Putrajaya Mulai 6 September Akan Datang! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments