Sedia maklum, sejak Sukan Olimpik Paris 2024 berlangsung, pelbagai pandangan telah dilontarkan oleh netizen di media sosial, lagi-lagi pandangan yang negatif.
Berat sebelah
Melalui platform X, kini ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap juri Olimpik Paris yang enggan menarik semula keputusan menyingkirkan pemain trek berbasikal, Datuk Azizulhasni Awang dari perlawanan kerana didakwa memotong pacer sebelum pacer keluar trek.
Susulan berita tersebut sudah menjadi perhatian ramai, rata-rata netizen menganggap pihak juri Olimpik Paris terlalu berat sebelah jika ia berkaitan dengan pemain Asia.
Pandang rendah dengan pemain Asia
Bukan saja tidak bersikap adil dalam perlawanan trek basikal itu, malah perlawanan permainan lain juga mereka seperti memandang rendah terhadap pemain yang bukan ‘white people’.
Malah, ramai juga yang merasakan Olimpik kali ini merupakan Sukan Olimpik paling teruk dalam sejarah kerana sikap orang-orang disana yang bersikap racist.
The post “Olimpik Paling Teruk & Terlalu Rac*st Dengan Asian!” – Netizen Berang, Anggap Sukan Olimpik Paris Berat Sebelah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments