#Hiburan: Kes Pukul Muka Isteri Diteruskan, Reaksi Hafidz Roshdi Jadi Tumpuan

Memetik laporan BH Online, kes tumbuk muka isteri oleh pelakon Hafidz Roshdi dilaporkan akan tetap diteruskan dengan perbicaraan.

Menurut peguam mewakili Hafidz Roshdi, Datuk Akberdin Abdul Kader, pihaknya terkejut dengan keputusan itu.

Advertisement

Mahkamah mengarahkan meneruskan kes, jadi saya beritahu Hakim yang kami terima laporan penarikan laporan polis daripada peguam Nurul Shuhada. Perkara ini dibuat dengan tertib.

Kami terperanjat kes diarahkan diteruskan, tapi kami memang tidak buat surat selepas penarikan laporan.

Difahamkan, tarikh 14 Oktober ini akan berlangsung satu lagi sebutan kes di mana Datuk Akberdin memberitahu dia akan menulis surat rasmi berkenaan hal itu.

Jadi, sekarang saya akan buat surat secara rasmi dan lampirkan laporan memberitahu apa yang berlaku mengenai persetujuan sudah dicapai oleh kedua-dua pihak secara baik. Sebab kes sepatutnya sudah selesai secara global.

Nurul Shuhada sudah menyatakan dia buat penarikan tanpa paksaan dan secara sukarela. Jadi, bila pengadu sudah katakan begitu, kenapa kami kena teruskan?

Sementara itu, Hafidz yang ditemui enggan memberikan sebarang respon dan kelihatan sugul terhadap soalan yang diajukan oleh pihak media.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Kawan shuk dedah perangai fara salleh
2 days ago

"Burukkan Suami Memang Nombor Satu" - Rakan Dedah Perangai Isteri Shuk Sahar Pula?

The post Kes Pukul Muka Isteri Diteruskan, Reaksi Hafidz Roshdi Jadi Tumpuan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments