#Hiburan: Pembantu Peribadi Ditumbuk Aktres Wanita Popular Gara-Gara Dedah Masalah Rumah Tangga Kepada Ibu

Seorang pelakon wanita popular dilaporkan telah memukul pembantu peribadinya sendiri gara-gara bercerita mengenai masalah rumah tangganya kepada ibu aktres tersebut.

Difahamkan, rumah tangga aktres itu bersama suaminya yang juga pelakon sedang bergolak dan mereka berdua cuba untuk menyembunyikan masalah tersebut daripada pengetahuan sesiapa termasuklah ahli keluarga sendiri.

Advertisement

Pelakon wanita tumbuk pembantu peribadi

Maklum kakak kepada pembantu peribadi tersebut, adiknya telah dipukul sebanyak dua kali termasuklah di hadapan pelakon wanita itu.

Pembantu peribadi itu ditumbuk di bahagian dahi dan diacu senjata tajam sehingga mendatangkan kecederaan.

Pelakon tersebut dan sepupunya menarik adik saya naik ke pejabat mereka, katanya untuk berbincang secara baik. Namun tiada perbincangan yang berlaku sebaliknya adik saya ditumbuk di bahagian dahi.

Dia acukan gunting ke arah adik, tudung adik saya pun direntap. Ingatkan dah selesai tapi rupanya bila turun ke bawah kedai, adik saya sekali lagi dipukul dan ia berlaku di depan ibu artis itu.

Malah, telefon bimbit pembantu peribadi itu turut dihempas sebagai hukuman.

Berikutan itu, pembantu peribadi itu mengalami trauma yang teruk dan terpaksa mendapatkan rawatan psikiatri susulan daripada tragedi tersebut.

Keadaan difahamkan menjadi lebih rumit apabila pembantu peribadi tersebut ditahan bagi membantu siasatan dakwaan mencuri barang kemas selepas aktres tersebut membuat laporan polis.

Namun, setelah pihak polis membuat siasatan, tiada barang bukti ditemui seperti yang dilaporkan pelakon wanita itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Mimi lana syafiq kyle bakal bernikah
20 hours ago

"Saya Dah Takluk Hati Mimi, Tunggu Nak 'Lock' Masa Yang Sesuai" - Syafiq Kyle

The post Pembantu Peribadi Ditumbuk Aktres Wanita Popular Gara-Gara Dedah Masalah Rumah Tangga Kepada Ibu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments