#Hiburan: Kes Orang Hilang: Polis Mohon Orang Awam Bantu Cari Remaja 14 Tahun, Alief Daniel Ghazally

Polis meminta bantuan orang awam untuk mengesan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak 1 Ogos lalu.

Alief Daniel Ghazally dilaporkan hilang dari kediamannya di No. 50, Jalan PJS 2C, Petaling Jaya, kira-kira jam 11.50 pagi.

Advertisement

Pihak keluarga telah membuat laporan polis pada 1.15 pagi, 2 Ogos dan kali terakhir dilihat remaja itu memakai baju sukan sekolah warna merah bertulis ‘MARS’ di bahagian belakang dengan lencana dan nama SMK Taman Medan di sebelah kiri bahagian depan.

Orang hilang berambut hitam dengan potongan rambut ala askar dan berhidung mancung sederhana lebar,” kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar.

Alief Daniel Ghazally

Shahrulnizam turut berkata remaja itu berketinggian kira-kira 163 sentimeter (sm) dengan berat kira-kira 80 kilogram (kg), berbadan gempal dan berisi serta berkulit warna sawo matang.

Remaja itu juga kali terakhir dilihat memakai seluar trek hitam bertulis ‘One’ dan berkasut sekolah warna hitam.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 weeks ago

Remaja Hilang Di Kedah Ditemui Di KTM Arau, Keluar Dengan Kawan Perempuan Baru Dikenali Sebulan

The post Kes Orang Hilang: Polis Mohon Orang Awam Bantu Cari Remaja 14 Tahun, Alief Daniel Ghazally first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments