#Hiburan: Dera Anak Usia 8 Tahun Hingga Maut, Pasangan Suami Isteri Ditahan Reman Di Rawang

Satu pasangan suami isteri telah ditahan reman setelah didakwa mendera anak perempuan mereka yang berusia 8 tahun sehingga maut.

Penahanan itu dibuat di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor setelah kanak-kanak malang itu ditemukan meninggal dunia di kediaman mereka.

Advertisement

Perkara itu turut disahkan Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir di mana pihak mereka menerima maklumat mengenai kematian mangsa kira-kira 3.27 petang Sabtu.

Hasil siasatan mendapati mangsa disahkan meninggal dunia di rumahnya oleh pembantu pegawai perubatan Hospital Sungai Buloh.

Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kecederaan di bahagian muka, bibir, paha, dagu dan lutut.

Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk urusan bedah siasat dan pasangan suami isteri itu ditahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek lelaki bekerja sebagai pengawal keselamatan manakala isteri merupakan pembuat aiskrim. Kedua-dua suspek direman tujuh hari sehingga 24 Ogos ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kanak-kanak hilang ditemui mati
22 hours ago

Kanak-Kanak Perempuan Usia 10 Tahun Hilang Ditemui Mati Di Kawasan Berpaya

The post Dera Anak Usia 8 Tahun Hingga Maut, Pasangan Suami Isteri Ditahan Reman Di Rawang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments