#Hiburan: Terus Membantu, Ustaz Ebit Lew Sumbang Pelbagai Kelengkapan Untuk Petugas Kesihatan

Demi untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa rakyat Malaysia, petugas kesihatan berkhidmat dan bekerja keras untuk menangani penularan wabak COVID-19. Mereka tidak tidur, tidak pulang ke rumah dan ada kalanya tiada masa untuk makan.

sumbangan ustaz ebit lew

Bagi menghargai penat lelah mereka, baru-baru ini Ustaz Ebit Lew terus menghulurkan bantuan kemudahan yang diperlukan kepada hospital-hospital yang menempatkan pesakit COVID-19.

Sumbangkan pelbagai kelengkapan

View this post on Instagram

Sebak bila dengar ramai staf kkm dan swasta juga ada yang positif covid 19. Bila lihat mereka frontliner berpanas sangat dengan baju begitu. Ya Allah..mendapat tahu mereka perlukan portable aircond. Terus belikan 4 aircond untuk hospital shah alam. 3 saya beli sendiri dan 1 dari Dato Zainal dan kak Dini.. Nak melangkah keluar rumah jer dah berdebar. Macam manalah mereka ini semua begitu kuat melalui semua ini. Mereka sedang berjihad. Bantulah beri mereka sihat selamat. Kita pula duduklah dirumah dan doakan mereka. Dengar nasihat dan saling mendoakan yer Doakan banyak khemah,portable airocond, laptop diperlukan di banyak hospital dan ada hospital habis mask..doakan yer Allah mudahkan semuanya yer-ebitlew PertubuhanKasihUmatMalaysia CIMB 8603546376

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

View this post on Instagram

Puas fikir nak cari mana bila dengar banyak mask dah tiada. Semua tugas utama yang perlu berada di jalan, banyak restoren, kedai-kedai dan bahagian sokongan, kerja bank-bank. Saya sendiri puas cari mask tak dapat lama dah. Tanya sana sini. Ramai tanya saya. Akhirnya saya dapat beli 10 ribu mask dari beberapa orang yang menjualnya. Walau mahal dari biasa. Takperlah. Syukur saya dah hadiahkan pada yang minta pada saya sebelum ini. Duit waktu ni boleh menjadi saham akhirat. Ya Allah terimalah semuanya jadi asbab kebaikan dan hidayah. Dan sihatkan semua kawan-kawan saya di semua hospital dan bantulah kami semua ya Allah. . Tadi dah guna khidmat bungkusit edarkan pada beberapa tempat. Ada adik kerja tu datang tak pakai mask pun. Ya Allah bahayanya adikku. Saya hadiahkan juga padanya. Keadaan terdesak sekarang. Sebab jika ke hospital pun nak dipilih untuk disaring memang susah. Semoga Allah selamatkanlah kita semua. Pulihkan keadaan ini. Pohon doa yer semua rider adik ni semua selamat menghantar ke semua tempat klinik,hospital,polis,tentera,restoren, rider adik-adik diluar sana.. Ya Allah terimalah sedekah hadiah ini jadi asbab hidayah. Jika ada sesiapa ada mask banyak boleh bagitahu. Sebab dah habis. Ramai lagi nak mask. Semoga dimudahkan yer-ebitlew Siapa ingin infak cimb 8603546376 Pertubuhan Kasih Umat Malaysia

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

View this post on Instagram

Sepanjang malam semalam fikir nak cari shower portable atas permintaan hospital. Cari-cari. Last-last saya dapat sewa dari sebuah syarikat, rasa amat bersyukur dapat sewa 2 Shower Portable ke Hospital Putrajaya. Kasihan kawan-kawan petugas di hospital nak mandi sebelum balik rumah setelah bekerja ada sampai 16jam. Kasihan mereka. Kadang risau musim covid 19 ni. Nak menangis tengok mereka semua dah terlalu penat. Benar-benar terlalu penat. Serius mereka penat. Mereka pohon beri kata semangat. Ya Allah tuhanku . Ya Allah bantulah mereka semua ya Allah. Berilah semangat dan kekuatan dalam jiwa mereka dalam jihad ini. Sembuhkan semua pesakit. Jagakanlah keluarga petugas dan keluarga pesakit. Selamatkan kami semua seluruh dunia-ebitlew PertubuhanKasihUmatMalaysia CIMB 8603546376

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

View this post on Instagram

Aduh sedihnya berlari semua dr dan nurse tadi jumpa saya di 5 klinik. Sedih rasa Tanya mereka"ustaz kami penat sangat ustaz. Dah letih,takut, nak makan balik rumah pun risau tolong beri nasihat kata semangat dan doa untuk kami" Sebak dengar keluhan mereka. Saya nak keluar rumah pun takut walau nak pergi hantar aircond atau makanan pada mereka. Pesan saya dengan rasa sayang pada mereka "akak adik semua pejuang berjihad barisan hadapan sekali. Besar nilai seorang berjihad dijalannya. Tiada siapa boleh kira pahala dan kebaikan kakak semua ketika ini. Betapa sayangnya Allah dengan pengorbanan semua. Setiap peluh letih pening lapar semuanya hanya Allah yang balas. Terima kaseh dari saya. Saya doakan semua sihat dan sentiasa kuat" Risau dan kasihan pada petugas front line di mana-mana. Mereka berpanas sepanjang hari dalam khemah. Dan ada alatan belum ada. Bila sampai tadi semua berlari excited. Minta nasihat dan doa. Syukur terima kaseh pada 5 Klinik Kesihatan di Gombak setia, ulu klang, bt 8, Kuang, Desa Pandan bersama Team BMWMCM . Samudra Teres. Terima kaseh Dr semua, en azman dan sahabat yang lain. Syukur dapat bekalkan aircond portable, mask, dan baju plastik. Banyak hospital dan klinik kesihatan terlalu berpanas. Bayangkan sebulan begini. Ya Allah. Paling utama tiada face shield untuk lindungi wajah mereka. Doakan ada bahan untuk buat sendiri atau tempah dimana-mana. Face shield penting untuk frontline seperti mereka. Doakan yer. Ya Allah mudahkanlah. Jagakanlah mereka semua ya Allah. Selamatkan kami semua-ebitlew Siapa ingin infak CIMB 8603546376 Pertubuhan Kasih Umat Malaysia

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Antaranya ialah penghawa dingin mudah alih, topeng muka, baju plastik, ‘portable shower’ dan kelengkapan lain.

“Terima kasih ustaz”

sumbangan ustaz ebit lew sumbangan ustaz ebit lew ustaz ebit lew sumbangan ustaz ebit lew sumbangan

Rata-rata netizen memuji tindakan murni Ustaz Ebit, berterima kasih kepadanya atas sumbangan yang diberikan. Mereka mendoakan agar segala urusan pendakwah itu dipermudahkan dan semoga dimurahkan rezeki yang lebih lagi.

Semoga para petugas barisan hadapan terus bersemangat dan cekal untuk menyelamatkan nyawa semua pesakit. Terima kasih kepada Ustaz Ebit yang menghargai segala pengorbanan petugas kesihatan.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments