#Hiburan: Diana Danielle Persoal Kelayakan King Coco Dilantik Ketua Srikandi

Lama “menghilangkan diri”, pelantikan Instafamous yang pernah mencetuskan kontroversi Marshairah Ismail atau King Coco, sebagai Ketua Srikandi Bersatu bahagian Bagan Serai mengejutkan ramai. Perkara itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen sehingga namanya ‘trending’ di Twitter. Walaupun terdapat pihak yang menyokongnya, namun ada juga yang membantah pelantikan tersebut.

diana danielle persoal kelayakan king coco ketu srikandi

Pelakon Datin Diana Danielle turut meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati  dengan pelantikan itu yang dianggap tidak berkualiti. Dia meragui kelayakan King Coco sebagai wakil rakyat.

Apa kelayakan dia?

diana danielle persoal kelayakan king coco ketu srikandi diana danielle king coco

Diana mempersoal kredibiliti seorang influencer sehingga melayakkannya menjadi wakil rakyat. Adakah dia sedar betapa besar tanggungjawabnya kepada rakyat? Mampukah untuk melaksanakan tugas dengan baik?

Meskipun Diana langsung tidak menyebut siapa indivdu yang dimaksudkan, rata-rata netizen dapat meneka ia luahan tidak puas hati itu ditujukan kepada King Coco.

Kecewa dengan pelantikan tidak berkualiti

diana danielle king coco

Terdahulu, King Coco yang bertanding untuk pemilihan Bahagian 2020/2022 memenangi jawatan tersebut apabila mendapat 62 undi dan menewaskan dua calon lain. Keputusan berkenaan diumumkan pada Ahad lalu.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments