#Hiburan: ‘Sekolahkan’ Individu Tak Mahu Kuarantin, Netizen Puas Hati Dengan ‘Perutusan Khas’ Diva AA

Susulan penularan wabak COVID-19 yang semakin mengganas dan sudah menyebabkan dua kematian di Malaysia, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 – 31 Mac 2020  terhadap seluruh rakyat tempatan sebagai usaha membendung jangkitan wabak Coronavirus di negara ini Bagaimanapun, ada segelintir rakyat ingkar dengan arahan tersebut.

perutusan khas diva aa

Situasi itu membangkitkan kemarahan netizen, mengapa ada lagi rakyat yang degil mempertaruhkan nyawa sendiri dan orang lain. Isu ini turut mendapat perhatian Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA yang tampil untuk “menegur” mereka yang begitu pentingkan diri sendiri dan masih tidak mahu berkuarantin di rumah.

“Merayap ke hulur hilir. Kenapa degil sangat?” – Diva AA

View this post on Instagram

Kan Diva AA dah marah 😅 tu la tak nak duduk rumah diam-diam

A post shared by BeautifulNara.com (@beautifulnaradotcom) on

Kali ini sokong Diva AA, netizen puas hati

perutusan khas diva aa perutusan khas diva aa perutusan khas diva aa perutusan khas diva aa

Video ‘perutusan khasnya’ itu  membuatkan rata-rata netizen merasa puas hati. Memang kena pada bicaranya untuk “menyekolahkan” mereka yang masih selamba berhimpit-himpit di tempat awam dan bergerak ke sana sini walaupun dalam keadaan negara yang sangat terdedah kepada wabak COVID-19.

Untuk makluman, menurut Seksyen 11(4) Akta 342, dibaca bersama Seksyen 24(a) Akta sama, keingkaran larangan adalah satu jenayah dan boleh dipenjarakan selama dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments