#Hiburan: Drama Band Kemalangan Dilanggar Pemandu Mabuk, Netizen Anggap “Balasan” Persenda Orang?

Malang tidak berbau apabila beberapa ahli kumpulan Drama Band dan seorang pekerja mereka terlibat dalam kemalangan ketika melalui terowong di Jalan Tunku Kudin, Pulau Pinang, kira-kira jam 1.30 pagi, Ahad lalu.

drama band kemalangan

Kenderaan jenis pacuan empat roda yang dinaiki mereka mengalami kerosakan sepenuhnya (total loss) selepas dilanggar oleh pemandu kereta Toyota Vios yang dipercayai dalam keadaan mabuk.

Tentunya berita kemalangan ini merupakan satu musibah buat kumpulan tersebut dan mereka trauma dengan apa yang berlaku.

 

“Kan dah kena, itulah hina orang lagi” – Netizen

drama band kemalangan drama band kemalangan netizen drama band pembalasan hina orang drama band

Namun, ada sesetengah netizen menganggap kemalangan tersebut merupakan balasan buat Drama Band yang sebelum ini mempersenda serta menghina orang lain ketika persembahan di Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL 34) yang lalu.

Tidak dinafikan, persembahan Drama Band pada AJL 34 agak melampau sehingga membuatkan orang lain tersinggung, tetapi janganlah kita katakan yang bukan-bukan pula kepada mereka yang sedang ditimpa ujian. Doakan yang baik-baik sahaja.

Sumber Berita : BH ONLINE


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments